Utusan Borneo (Sarawak)

KPD Limbang ingatkan anggotanya tidak terbabit sebarang jenayah

-

LIMBANG: Ketua Polis Daerah (KPD) Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai mengingatk­an anakanak buahnya agar tidak terbabit dalam sebarang bentuk jenayah selain memastikan ‘tiada musang berbulu ayam’ dalam pasukan polis Limbang.

Beliau yang memegang prinsip ‘bersihkan rumah sendiri, sebelum membersihk­an rumah orang’ bertegas mahu anak-anak buahnya tidak melibatkan diri dalam aktiviti jenayah terutama penyalahgu­naan dadah.

“Prinsip saya adalah untuk membersihk­an rumah kita sendiri dahulu, baharu mem- bersihkan rumah orang.

“Orang dalaman yang ‘ musang berbulu ayam’ inilah yang kita perlu hapuskan,” katanya mengulas mengenai masalah disiplin dan tatatertib dikenakan kepada anggotanya di sini semalam.

Beliau ditemui pada sambutan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Wakil Residen Bahagian Limbang Hamidah Halpi, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kauselor Sufian Mohat, Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Tega Bilong, Pengerusi PERKEP Limbang Asiah Hasan, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan polis.

Mohd Bukhori berkata sebanyak tujuh kes dilaporkan membabitka­n anggotanya dituduh atas kesalahan kecil.

Mengenai masalah dadah, terdapat penagih baharu dikenal pasti membabitka­n penagih dari pedalaman dan rumah panjang.

“Kita sudah kenal pasti penagih baharu kebanyakan­nya dari pedalaman dan luar bandar.

“Mereka beralih ke kawasan pedalaman kerana bimbang kalau di bandar po- lis dapat mengesan tindakan mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, jelasnya polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Undang-undang pencegahan akan digunakan bagi kesalahan mengedar dadah,” kata beliau.

Sementara itu, anggotanya kini dalam persiapan tertinggi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

“Persiapan dan simulasi pilihan raya juga sudah dijalankan setiap minggu dan kita bersiap sedia bila-bila masa,” katanya.

 ??  ?? HARI POLIS: Hasbi (depan sembilan kiri), Mohd Bukhori, Tega, Sufian bersama anggota polis dan ketua-ketua jabatan di Limbang semalam.
HARI POLIS: Hasbi (depan sembilan kiri), Mohd Bukhori, Tega, Sufian bersama anggota polis dan ketua-ketua jabatan di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia