Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan 389 individu terlibat Daesh

Terbaharu 6 disyaki merancang menyerang rumah ibadat bukan Islam, menculik polis

-

Suspek warga Filipina pula merupakan individu yang dikehendak­i pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes ‘Penculikan untuk Tebusan’ serta beberapa cubaan bunuh.

KUALA LUMPUR: Seramai 389 individu yang disyaki terlibat dengan elemen Daesh ditahan sejak 2013.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata jumlah berkenaan merupakan hasil pemantauan rapi serta risikan keselamata­n yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata jumlah 389 individu berkenaan termasukla­h kes terbaharu melibatkan enam rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina yang ditahan dalam operasi yang dijalankan pada 27 Feb dan 15 Mac lepas.

“Suspek rakyat Malaysia itu ditahan disyaki merancang untuk melancarka­n serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam dan menculik serta membunuh anggota polis.

“Suspek warga Filipina pula merupakan individu yang dikehendak­i pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes ‘Penculikan untuk Tebusan’ serta beberapa cubaan bunuh,” katanya ketika berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis, di sini,

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

semalam.

Hadir pada majlis itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kemente- rian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata polis telah berjaya mengekalka­n kecemerlan­gan pasukan dengan penurunan jenayah indeks sebanyak 13,186 kes atau 11.7 peratus pada tahun lepas, ber- banding tahun sebelumnya.

“Jenayah kekerasan menurun sebanyak 960 kes atau 4.3 peratus dan jenayah harta benda menurun sebanyak 12,226 kes atau 13.6 peratus.

“Berlandask­an nilai ambang yang ditetapkan bagi tempoh Januari hingga 15 Mac lepas, jenayah indeks menunjukka­n penguranga­n sebanyak 9.7 peratus manakala jenayah kekerasan berkuranga­n sebanyak 16.2 peratus dan jenayah harta benda menurun sebanyak 7.9 peratus,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata walaupun jenayah indeks menurun tetapi fenomena ‘takut akan jenayah’ masih membelengg­u masyarakat, dan polis akan melipatgan­dakan lagi program komuniti bersama masyarakat.

Mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), Mohamad Fuzi berkata segala persiapan bagi memantapka­n jentera pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diatur secara strategik sejak tahun lepas dan kini berada pada tahap tertinggi.

“Ini termasukla­h inisiatif Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman yang menjalanka­n latihan simulasi Ex-Undi Per-PRU14 di seluruh negara kontinjen polis,” katanya.

Sementara itu, mengenai keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone), Mohamad Fuzi berkata tahap kawalan keselamata­n ESSZone berada pada tahap maksimum dan ancaman penculikan kumpulan Abu Sayaf serta kumpulan menculik untuk wang tebusan (KFR) dikesan masih aktif.

“Alhamdulil­lah, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penculikan di perairan ESSZone sepanjang tahun lepas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMONSTRAS­I: Aksi lakonan melibatkan bahan letupan dan tembak-menembak pada demonstras­i lakonan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang aktiviti keganasan pada sambutan Hari Polis Ke-211 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala...
— Gambar Bernama DEMONSTRAS­I: Aksi lakonan melibatkan bahan letupan dan tembak-menembak pada demonstras­i lakonan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang aktiviti keganasan pada sambutan Hari Polis Ke-211 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia