Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas siasatan video Lim Guan Eng belum lengkap

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sedang melengkapk­an siasatan berhubung satu video, yang didakwa menunjukka­n Ketua Menteri Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak untuk membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n memanggil Lim minggu depan untuk merekodkan keterangan­nya bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan kes itu masih berjalan dan beberapa pihak telah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan...beliau (Lim) mungkin akan dipanggil minggu depan (untuk direkodkan keterangan) tetapi ia bergantung kepada siasatan polis.

“Kami akan cuba siapkan kertas siasatan dalam masa terdekat,” kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 peringkat Kontinjen Polis Pulau Pinang, di sini semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia 1998.

Setiausaha Agung DAP itu disiasat polis susulan laporan terhadapny­a yang mendakwa beliau mengindokt­rinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam parodi lagu ‘A, B, C’.

Klip video berdurasi 32 saat itu menunjukka­n Lim menari sambil mengejek GST pada pelancaran pusat tuisyen di Jelutong pada 17 Mac lepas.

Terdahulu, Roslee dalam ucapannya berkata sejak Januari hingga 20 Mac lepas, seramai 2,751 individu ditahan bagi kesalahan narkotik membabitka­n hasil sitaan sebanyak RM3.4 juta.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut berjaya membongkar tiga makmal memproses heroin, ekstasi dan syabu selain Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang menumpaska­n sindiket ‘Love Scam/African’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia