Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi SAR kru kapal kini fokus pada permukaan laut

-

MUAR: Operasi menyelam ke dalam kapal korek pasir yang terbalik bagi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal yang dipercayai terperangk­ap dihentikan semalam memandangk­an tiada penemuan mangsa.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi membabitka­n 70 penyelam itu terpaksa dihentikan setelah pencarian berulang kali dalam kapal berkenaan gagal menemui mangsa.

Bagaimanap­un operasi SAR kini tertumpu di kawasan permukaan laut dengan bantuan helikopter untuk meninjau dari udara selain melibatkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia ( BASARNAS) yang akan melakukan koordinasi di kawasan perairan Indonesia.

“Operasi SAR kini diperluask­an ke 360 batu nautika persegi dari lokasi kejadian melibatkan pelbagai agensi seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka di sini semalam.

Setakat kelmarin, lima lelaki ditemui selamat manakala dua mayat masing-masing lelaki dan perempuan turut ditemui, kesemua mereka disahkan kru kapal terlibat dan warga China.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaida Ujang berkata dua mayat yang dijumpai di luar kapal, juga dipercayai kru kapal tersebut, masih belum dikenal pasti identiti dan sedang menunggu proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa dan pemilik kapal selesai.

Memasuki hari kelima kejadian, nasib sembilan daripada 18 kru kapal yang terlibat masih belum diketahui hingga kini.

Justeru, komuniti maritim dan orang awam yang melihat atau menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta segera melaporkan kepada Pasukan SAR yang berada di lokasi operasi atau Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat pada talian hotline 07- 4344020 atau 999. — Bernama

 ?? — Gambafr Bernama ?? TINJAU LOKASI: Sanifah bersama ahli keluarga mangsa Mohd Akasha yang masih hilang, dibawa meninjau lokasi kapal korek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Parit Jawa pada Rabu lepas di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar, semalam.
— Gambafr Bernama TINJAU LOKASI: Sanifah bersama ahli keluarga mangsa Mohd Akasha yang masih hilang, dibawa meninjau lokasi kapal korek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Parit Jawa pada Rabu lepas di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia