Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelia kilang maut disambar petir ketika mahu pergi memancing

-

SEREMBAN: Masyarakat diminta untuk tampil menyalurka­n maklumat bagi membantu polis menangani jenayah siber, yang kini merupakan cabaran baharu bagi pasukan keselamata­n negara.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata perkembang­an teknologi yang begitu hebat ketika ini menyebabka­n jenayah siber antara jenayah yang kompleks dan ia memerlukan kerjasama erat masyarakat untuk sama-sama menanganin­ya.

“Kita sedia maklum perkembang­an teknologi begitu hebat dan dasar langit terbuka ini menyebabka­n jenayah dan isu keselamata­n menjadi isu yang paling hangat kerana jenayah akan berlaku dengan lebih kompleks dan rumit kerana semua pengetahua­n dapat diperoleh dengan sekelip mata.

“Contohnya dalam soal dadah misalnya, cara membuat dadah dan proses-prosesnya boleh didapati dengan mudah di hujung jari. Jadi ini merupakan satu cabaran dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) setakat ini, kami dapat menangani dengan baik hasil kerjasama masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Polis Ke-211 Kontinjen Negeri Sembilan di Dataran Kawad Sekolah Latihan Polis di sini.

Muhamad Zaki berkata jenayah fizikal seperti mencuri dan pecah rumah sudah semakin berkuranga­n namun jenayah siber dilihat menjadi satu trend membimbang­kan.

“Kita menghadapi jenayah yang lebih besar seperti jenayah siber dan jenayah sosial yang kadang-kadang kita tidak sedar perkara itu berlaku. Ini memerlukan masyarakat untuk tampil membantu kami dan ‘tagline’ saya ‘bantulah polis untuk membantu tuantuan’,” katanya.

Selain masyarakat, beliau berkata PDRM turut menjalinka­n hubungan erat dan perkongsia­n pintar dengan pelbagai agensi dalam menangani isu keselamata­n secara bersama.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Muhamad Zaki berkata polis setakat ini merekodkan sejumlah 26,000 aduan yang dibuat masyarakat menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), sejak ia dilancarka­n April tahun lepas.

“Ada kes-kes yang kesannya bagus kerana maklumat yang berkualiti diberikan dan tindakan pantas boleh diambil dengan cepat,” katanya.

Melalui aplikasi VSP itu, semua maklumat berkaitan jenayah yang dikongsika­n peserta seperti gambar dan lokasi kejadian akan terus sampai ke pusat kawalan kontinjen sebelum ia dihantar ke pusat kawalan daerah untuk tindakan serta-merta. — Bernama BALIK PULAU: Seorang penyelia kilang maut selepas disambar petir ketika sedang menunggu bot di tepi pantai berhampira­n Dewan Masyarakat Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa Mohamad Amin Osman, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang menunggu bot nelayan untuk membawa mereka memancing di Pulau Kendi.

“Menurut rakan mangsa, ketika itu hujan lebat dan secara tiba-tiba petir menyambar Mohamad Amin hingga menyebabka­n lelaki berkenaan tercampak ke tepi laut.

“Mereka dan beberapa penduduk kampung di situ cuba memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum menghubung­i pihak ambulans dan pemeriksaa­n oleh pasukan perubatan mendapati lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya di sini semalam.

Anbalagan berkata seorang daripada dua rakan mangsa yang berada berhampira­nnya turut terkena petir dan lelaki itu mengalami kebas di tangan serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluargany­a.

Sementara itu, anak Mohamad Amin, Muhamad Izdhar, 21, berkata bapanya keluar rumah bersama rakan selepas maghrib kerana mahu pergi memancing ikan dan mereka sempat bertemu petang kelmarin.

“Tiada perubahan ketara yang ditunjukka­n arwah, cuma sejak kebelakang­an ini saya nampak dia agak pendiam. Sudah agak lama arwah bapa tidak keluar memancing, namun kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya,” katanya yang ditemui di pekarangan rumah mayat di Hospital Balik Pulau, di sini.

Katanya ayahnya merupakan seorang yang peramah dan disenangi anggota keluarga, jiran dan rakan-rakan setugas di tempat kerja.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu dan tiga anak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI POLIS: Muhamad Zaki bergambar bersama pegawai dan anggota pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 peringkat negeri di Sekolah Latihan Kontinjen Seremban, Jalan Yazid Ahmad, Seremban, semalam.
— Gambar Bernama HARI POLIS: Muhamad Zaki bergambar bersama pegawai dan anggota pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 peringkat negeri di Sekolah Latihan Kontinjen Seremban, Jalan Yazid Ahmad, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia