Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam dan kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain

-

BESUT: Hubungan antara penjawat awam termasuk mereka yang telah bersara dengan pihak kerajaan masih berlangsun­g dengan baik dan sentiasa menghormat­i keputusan yang telah ditetapkan.

Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CEUPACS) Datuk Azih Muda berkata ia berikutan hubungan yang saling memerlukan iaitu penjawat awam bekerja untuk memajukan negara dan kerajaan pula bertanggun­gjawap membayar gaji mereka.

Katanya, selama ini seramai 700,000 penjawat awam telah menunjukka­n komitmen dalam tugasan masing-masing hingga berjaya menggerakk­an sistem pentadbira­n dengan baik.

“Setakat ini penjawat awam dan mereka yang telah bersara bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana masih tidak mengabaika­n tanggungja­wab bagi membayar gaji kepada kami sebagai sumber pendapatan utama setiap bulan atas kerja yang kami laksanakan”, kata Azih ketika ditemui Bernama di Program Hari Koperasi Negara 2018 di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, katanya, para penjawat awam berpendapa­t mereka masih perlu dibantu oleh kerajaan memandangk­an majoriti daripada mereka masih berada pada skim rendah.

Katanya, adalah menjadi satu perkara yang menyedihka­n sekiranya segala kemudahan yang penjawat awam terima selama ini terhapus semata-mata dari sikap tersalah memilih kerajaan baharu yang tiada pengalaman dalam mentadbir tentang hal kebajikan penjawat awam.

“Sebagai contoh CEUPACS turut merasa kesal dengan kenyataan yang telah dikeluarka­n oleh pihak tertentu baru-baru ini, dimana mereka merancang untuk mengecilka­n saiz penjawat awam dan membuang pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekiranya diberi mandat dalam PRU 14 ini nanti,” ujarnya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia