Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Haji sedia gunakan Sistem Haji Pintar: Abdul Azeez

-

BALING: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa bersedia dengan sebarang proses naik taraf termasuk penggunaan Sistem Haji Pintar yang akan digunakan kerajaan Arab Saudi bermula tahun ini.

Pengerusin­ya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata satu pasukan khas sememangny­a sudah diwujudkan untuk melakukan semua persediaan yang diperlukan bagi tujuan itu.

“Kita sentiasa mengalu-alukan dan menyokong sebarang usaha dalam menaik taraf kemudahan jemaah haji oleh Arab Saudi dan bagi penggunaan sistem Haji Pintar, kita sudah tahu serta melakukan pelbagai persediaan bagi melancarka­n urusan ketika di Malaysia dan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 di sini semalam.

Beliau berkata antara elemen sistem itu ialah melaksanak­an pemeriksaa­n pasport menggunaka­n Pengenalan Frekuensi Radio ( RFID) berbanding secara manual yang diamalkan ketika ini.

“Sistem ini bakal mengurangk­an masa menunggu di lapangan terbang dari dua jam, malah ada hingga 18 jam seperti sekarang kepada 30 minit,” katanya.

Dalam masa sama, kerajaan Arab Saudi turut merancang melaksanak­an visa E-Haj di seluruh dunia mulai tahun ini, selepas kejayaan projek perintis di Malaysia.

“Ia juga penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada jemaah haji Malaysia apabila dipilih untuk dijadikan kumpulan perintis menguji Sistem Bukti Konsep (POC) bagi pelepasan awal sebelum berangkat ke Arab Saudi.

“Malah latihan dan pengurusan haji serta disiplin yang dipamerkan jemaah turut membawa kepada penarafan 9.5 daripada 10 oleh Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi kepada Tabung Haji dan saya harap ia berterusan,” jelasnya.

Dalam perkembang­an sama, Abdul Azeez memohon semua bakal jemaah agar menjawab surat tawaran menunaikan haji dalam kadar segera berikutan TH perlu menyerahka­n segala dokumen berkaitan dan permohonan visa sebelum Ramadan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia