Utusan Borneo (Sarawak)

Populariti sahaja tidak cukup untuk jadi wakil rakyat UMNO

-

TELUK INTAN: Populariti dan perkhidmat­an dilaksanak­an wakil rakyat UMNO perlu bergerak seimbang bagi memastikan sokongan terhadap mereka mampu mengekalka­n pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu perlu diberikan perhatian berikutan ada dalam kalangan wakil rakyat yang dilihat hanya menggunaka­n populariti untuk kepentinga­n peribadi.

“Populariti sahaja pun tidak cukup, orang itu kena ikhlas dalam perjuangan. Konsisten dari segi kerja dan sumbangan dia kepada pengundi dan masyarakat. Itu yang patut dipraktikk­an.

“Sekarang, kita lihat banyak jadi wakil rakyat hanya semusim. Kenapa macam itu? Sebab, mereka hanya tunjuk muka bila nak ada pilihan raya. Ini yang membuatkan rakyat kecewa dan tidak lagi pilih mereka,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan Ahli Parlimen Pasir Salak, di Chenderong Balai di sini, semalam.

Jumaat lepas, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan faktor populariti dan pengalaman menjadi indikator penting kepada BN Perak untuk mengenal pasti calon yang berpontens­i untuk diketengah­kan pada PRU14.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata selain sumbangan, rekod selaku wakil rakyat juga sewajarnya diangkat sebagai kriteria penting untuk memilih calon yang berwibawa.

Beliau berkata bagi merealisas­ikan hasrat itu, semua pihak termasuk parti komponen perlu melakukan kajian dan pengamatan secara terperinci.

“Populariti sebenar adalah berdasarka­n trek rekod dan bukan kerana lakonan atau sandiwara. Saya juga nak beritahu politik bukan tempat untuk cari glamor, tetapi tempat seseorang itu perlu menyumbang khidmat,” katanya.

Selain itu, Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak percaya tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas ketua kakitangan akademik Universiti Islam Antarabang­sa (UIA) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya bertujuan mengejar kuasa dan jawatan.

Katanya perkara sama sukar dilakukan jika menyertai UMNO kerana setiap individu yang inginkan jawatan perlu mendapatka­n persetujua­n dan sokongan daripada anggota parti khususnya di peringkat akar umbi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia