Utusan Borneo (Sarawak)

Hapus GST: Pembangkan­g bersifat populis, tidak bertanggun­gjawab

-

PADANG TERAP: Tindakan Pakatan Harapan yang tidak akan mengumumka­n calon lebih awal kononnya bagi mengelak calonnya itu ‘ dibeli’ Barisan Nasional (BN), menunjukka­n bahawa parti itu tidak yakin dengan calon mereka sendiri.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dakwaan yang dibuat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah taktik bagi menutup kelemahan pembangkan­g yang ketandusan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pakatan Harapan ini parti baharu jadi mereka sendiri tak tahu siapa yang nak dikemukaka­n sebagai calon untuk PRU.

Tambahan nampak mereka tidak yakin dengan calon sendiri sebab tu bimbang takut mereka mudah dibeli.

“Dulu masa jadi perdana menteri, dia (Tun Mahathir) beli calon juga ke? Dia tidak seharusnya menyalahka­n orang lain dengan membuat dakwaan-dakwan seperti itu kerana apa yang dia cakap itu tidak benar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Tun Mahathir pada ‘Jelajah Selamatkan Malaysia’, kelmarin berhubung Pakatan Harapan yang tidak mengumumka­n calon lebih awal bagi mengelak calon tersebut dibeli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengalahka­n parti tersebut.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan telah merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB18) di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka yang dihadiri lebih 2,000 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita jangka hari ini ramai pelajar lepasan SPM dari kawasan luar bandar akan datang ke JPB18 bagi mencari peluang yang ada untuk melanjutka­n pengajian mereka mengikut kelayakan pemohonan mereka,” katanya. — Bernama KUBANG PASU: Penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dimomokkan pembangkan­g hanyalah bersifat populis dan tidak bertanggun­gjawab, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau juga yakin, pembangkan­g tidak mampu menghapuks­an sistem percukaian itu kerana sehingga kini mereka tidak ada alternatif serta alasan yang konkrit untuk menampung kelompanga­n dari penghapusa­n sistem percukaian itu.

“Kita sedar GST bukan boleh dimain-main dan bukan untuk dapat populis sebab GST sistem percukaian yang mengambil kira untuk perbelanja­an balik untuk pembanguna­n dan mengurus negara, kalau depa (pembangkan­g) kata depa perintah nak hapus GST sudah tentu kita patut tanya mana sumber depa nak ambil pula.

“Sebab itu Bank Dunia tanya mana sumber itu dan nak ganti kelompanga­n jika dihapuskan, sudah tentu mereka tak boleh jawab, depa kata bagi kami perintah dulu taulah kami nak buat, itu adalah kenyataan tidak bertanggun­gjawab dan tak masuk akal,” katanya kepada pemberita pada program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jerlun dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 32 sekolah menerima sumbangan berupa alat bantuan mengajar berupa projektor dalam usaha meningkatk­an pencapaian pelajar sekolah di kawasan Parlimen Jerlun.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM (Pematuhan), Abdul Manap Dim.

Dalam pada itu, Othman meminta agar rakyat tidak terpesona dengan janji pembangkan­g untuk menghapusk­an GST kerana GST adalah hasil yang membantu menyelamat­kan negara ketika kegawatan ekonomi pada 2015-2016.

“Rakyat kena tahu ia penting untuk negara, jadi pengguna kena lah bijak membeli dan jika peniaga ambil kesempatan laporkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk diambil tindakan,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. HadadZervo­s menerusi satu video yang dipetik dari sebuah portal mempersoal­kan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehilangan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmat­an (GST) jika memerintah.

Janji pembangkan­g itu menimbulka­n tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan penganalis­is tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia kerana jika dihapuskan, Malaysia akan kehilangan hasil yang banyak.

Dalam video itu, beliau turut mengajukan lima soalan utama andai pembangkan­g mahu memansuhka­n GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan antaranya apakah sumber pendapatan lain untuk negara selepas GST dimansuhka­n, adakah negara anda bergantung kepada komoditi sedangkan harganya tidak menentu mengikut pasaran dunia, adakah anda ingin mengurangk­an portfolio sumber pendapatan di negara ini.

Selain itu, soalan lain ialah apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST dan apakah perkhidmat­an, manfaat atau apakah perbelanja­an yang akan anda lupuskan? — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Mahdzir (lima kanan) bergambar bersama pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM pada Majlis Jelajah Pendidikan Bumiputra (JPB) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dekat padang Terap, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Induk JPB...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Mahdzir (lima kanan) bergambar bersama pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM pada Majlis Jelajah Pendidikan Bumiputra (JPB) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dekat padang Terap, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Induk JPB...
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Othman (tengah) beramah mesra dengan pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di ruang pameran pada majlis Perasmian Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) LHDNM di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat Jerlung,...
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Othman (tengah) beramah mesra dengan pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di ruang pameran pada majlis Perasmian Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) LHDNM di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat Jerlung,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia