Utusan Borneo (Sarawak)

Kroos menyatakan pasukan itu yang dbarisi pemain kelas dunia merupakan pasukan pilihan memenangi Piala Dunia 2018

-

DUSSELDORF: Toni Kroos menganggap Brazil ‘ dua gred’ lebih tinggi berbanding ketika Jerman membelasah pasukan ‘Selecao’ 7-1 di Piala Dunia 2014.

Kroos menjaringk­an dua gol dalam perlawanan separuh akhir di Belo Horizonte di Brazil 2014 apabila Jerman membelasah pasukan tuan rumah, yang bermain tanpa penyerang superstar Neymar, dengan lima gol dalam masa 30 minit pertama yang dramatik dalam kekalahan paling buruk di halaman sendiri dalam sejarah Brazil.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada Selasa ini, Kroos, pemain tengah Jerman, tidak menjangkak­an ulangan: “Apabila saya melihat pasukan sekarang dan membanding­kan mereka kepada 2014, mereka adalah dua gred lebih baik.

“Mereka mempunyai orang yang amat bagus, rakan sepasukan saya (Real Madrid) Casemiro bermain dengan baik – mereka telah bersatu dengan baik.

“Brazil ternyata salah sebuah pasukan pilihan di Piala Dunia nanti.”

Jerman menentang Brazil di Stadium Olimpik, Berlin selepas pasukan ‘ Selecao’ menewaskan Rusia 3-0 di Moscow pada Jumaat lepas, dengan Neymar sekali lagi diketepika­n oleh kecederaan.

Gol-gol di separuh masa kedua oleh Miranda, Paulinho dan satu tendangan penalti oleh Philippe Countinho menjamin kemenangan di stadium Kuzhniki, Moscow, yang akan mengan-

Mereka mempunyai orang yang amat bagus, rakan sepasukan saya (Real Madrid) Casemiro bermain dengan baik. Brazil ternyata salah sebuah pasukan pilihan di Piala Dunia nanti. Toni Kroos Pemain Jerman

jurkan perlawanan akhir Piala Dunia pada 15 Julai.

Pasukan Jerman memanaskan badan dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Sepanyol di Duesseldor­f untuk melanjutka­n siri tanpa kalah mereka kepada 22 perlawanan.

Gol Rodrigo Moreno selepas hanya enam minit sahaja diikat oleh jaringan cantik Thomas Mueller pada separuh masa pertama Jumaat lepas.

Dengan sebelah mata yang memberi perhatian kepada usaha untuk mempertaha­nkan Piala Dunia, Joachim Loew menyenangk­an hati sendiri dengan “pengajaran yang sangat, sangat penting” yang dipelajari Jerman, tetapi bintang seniornya tidak gembira.

Pemain pertahanan tengah Jerome Boeteng berkata “segalanya” tidak betul dalam 20 minit pertama apa- bila Andres Iniesta menunjukka­n kehebatann­ya kepada barisan tengah Jerman apabila Sepanyol mendominas­i perlawanan.

“Tekanan kami tidak berjaya, kemudian mereka bermain ‘kucing dan tikus’ dengan kami,” kata Boateng. “Kami mahu bermain lebih baik dari bahagian belakang, menggunaka­n peluang kami, menghantar bola dengan baik, tidak hilang bola dengan begitu cepat. “Per- mainan serangan balas kami mesti lebih baik, kami terkena tiga atau empat kali dalam serangan balas, kita tidak boleh terima itu. “Tidak semuanya buruk tetapi kami ada banyak kerja dan kita mesti bersatu sebagai sebuah pasukan.” Kroos bersetuju: “Dalam masa 20 minit pertama, kami hanya mengejar mereka.” Loew menjangkak­an lima perubahan untuk perlawanan menentang Brazil. Thomas Mueller dan Mesut Ozil telah dilepaskan, seperti yang dipersetuj­ui sebelum ini, untuk merehatkan mereka.

Pemain pertahanan kiri Hertha Berlin, Marvin Plattenhar­dt, akan bermain di stadium kelabnya manakala pemain Manchester City Leroy Sane dijangka menggantik­an tempat Julian Draxler di sebelah sayap.

Ilkay Gundogan dijangka akan menggantik­an tempat Sami Khedira, yang mengalami kecederaan belakang ketika menentang Sepanyol.

Pasukan Sepanyol memberi ujian sukar yang diinginkan oleh Loew sementara Jerman menghitung hari ke perlawanan pertama mereka di Piala Dunia menentang Mexico di Moscow pada 17 Jun.

“Risiko itu berbaloi, walaupun kami tidak selalunya berjaya menekan mereka di hadapan,” kata pengurus Jerman itu.

Sekarang tiba satu lagi ‘ujian luar biasa’ dalam bentuk Brazil. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KROOS GIGIH: Pemain Brazil sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk aksi perlawanan persahabat­an menentang Jerman pada Selasa ini.
— Gambar AFP KROOS GIGIH: Pemain Brazil sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk aksi perlawanan persahabat­an menentang Jerman pada Selasa ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia