Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol memerlukan pelapis setanding Iniesta dalam skuad

-

MADRID: Andres Iniesta mungkin sedang menimbang untuk bersara daripada peringkat antarabang­sa dan menamatkan karier kelabnya di China tetapi tonggak tengah Sepanyol menunjukka­n Jumaat lepas kenapa dia mungkin bersara terlalu awal.

Hantaran cantik Iniesta pada minit keenam, yang disamari pandangan ke arah lain dan ditolak dengan begitu baik sehinggaka­n Rodrigo Moreno tidak perlu mengawal bola, bukanlah sesuatu yang dibuat oleh seorang pemain yang semakin berusia.

Ini adalah Jerman dan barisan pertahanan juara dunia, yang mungkin akan berdepan dengan Sepanyol pada peringkat separuh akhir di Piala Dunia, di mana kemahiran, mata dan pengalaman Iniesta mungkin juga ternyata tidak ternilai.

Pada musim panas nanti, Iniesta akan berusia 34 tahun, mungkin akan menggantik­an La Liga dengan Liga Super China, di mana, katanya, dia telah menerima tawaran.

Dia akan membuat keputusan pada hujung April sama ada untuk menamatkan karier selama 16 tahun yang gilang-gemilang di Barcelona ataupun tidak.

“Saya tidak mahu ada di sini hanya kerana siapa saya sebelum ini,” kata Iniesta kepada stesen radio Cadena SER di Sepanyol pada Khamis lepas.

Barca pasti akan merinduiny­a walaupun ada Philippe Coutinho – pemain yang telah dinobatkan untuk menggantik­annya – tetapi mungkin kerugian lebih besar akan dirasai Sepanyol, kerana tiada pemain yang memainkan peranan lebih penting untuk pasukan kebangsaan sejak sedekad lalu.

Semua karier yang cemerlang akan berakhir tetapi tidak ramai di kalangan penonton yang memenuhi Espirit Arena di Dusseldorf yang boleh menyatakan Iniesta tidak ada sumbangan lagi untuk diberikan.

Sumbangan pentingnya ternyata tidak menentukan perlawanan, selepas ia diikat oleh rembatan cantik dari jarak 25 ela daripada pemain Jerman Thomas Muller dalam keputusan seri 1- 1 yang menunjukka­n keduadua pasukan bersedia untuk pergi lebih jauh di Rusia.

Sepanyol belum tewas dalam 17 perlawanan di bawah jurulatih Julen Lopetegui. Bekas penjaga gol Rayo Vallecano itu mengubah skuad berbakat ini tetapi membuat beberapa perubahan kecil dan perlahan-lahan memulihkan kepercayaa­n ekoran kekecewaan pada 2014 dan 2016.

‘ Sepanyol merasai kelahirann­ya semula’ kata akhbar harian AS di Madrid kelmarin, dan menamatkan laporan dengan kesimpulan yang yakin bahawa “kita sudah menghantar mesej bahawa kita setanding dengan juara”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Smyth (tengah) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Ireland Utara dan Korea Selatan di Belfast.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Smyth (tengah) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Ireland Utara dan Korea Selatan di Belfast.
 ?? — Gambar AFP ?? MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama pasukan Sepanyol yang diturunkan ketika menentang Jerman dalam perlawanan persahabat­an di Duesseldor­f, Jerman.
— Gambar AFP MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama pasukan Sepanyol yang diturunkan ketika menentang Jerman dalam perlawanan persahabat­an di Duesseldor­f, Jerman.
 ??  ?? INIESTA
INIESTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia