Utusan Borneo (Sarawak)

Halep tersingkir dari kejohanan Terbuka Miami

-

MIAMI: Pemain nombor satu dunia Simona Halep tersingkir dari kejohanan tenis Terbuka Miami kelmarin apabila dia tewas 3-6, 6-2, 6-3 kepada pemain dari Poland, Agnieszka Radwanska.

Dengan set pertama dalam tangan, Halep jelas hampa apabila Radwanska melepaskan hanya empat mata sahaja dalam empat permainan pembukaan di set kedua untuk mendahului 4-0.

Halep merampas semula satu break, tetapi dirampas semula apabila Radwanska mengheret perlawanan ke set ketiga, di mana break awal meletakkan Halep 2-0 di hadapan.

Bagaimanap­un pemain Romania itu tidak dapat memelihara kelebihan itu dan 44 kesilapann­ya terlalu banyak untuk diatasi apabila Radwanska memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir untuk menjamin kemenangan.

Radwanska, juara Miami 2012, belum mencatatka­n dua kemenangan berturut- turut sejak Januari lalu.

Dia seterusnya menentang bekas nombor satu dunia Victoria Azarenka, yang bangkit untuk mencatatka­n kemenangan 3-6, 6-4, 6-1 ke atas pemain pilihan ke-20 dari Latvia, Anastasija Sevastova.

Azarenka, dari Belarus, bukan pemain pilihan pada tahun ini sementara dia cuba mengembali­kan kariernya ke landasan selepas dia berehat daripada bermain untuk melahirkan seorang bayi.

Walaupun kalah, Halep akan terus kekal menduduki tempat nombor satu apabila ranking dikemaskin­ikan pada akhir kejohanan.

Namun penyingkir­annya bermakna barisan pemain wanita dalam kejohanan gelanggang keras elit itu kehilangan dua pemain pilihan utama selepas pemain pilihan kedua, juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki tewas kepada Monica Puig.

Dalam aksi pusingan ketiga lain, pemain pilihan kelima dari Republik Czech Karolina Pliskova menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei 6-4, 1-6, 7-6 (7/4).

Pliskova akan berebut tempat pada peringkat suku akhir dengan Zarina Diyas dari Kazakhstan yang menewaskan pemain Jerman, Carina Witthoeft 4-6, 7-5, 6-0. — AFP

 ??  ?? HALEP
HALEP
 ??  ?? DI BIAGIO
DI BIAGIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia