Utusan Borneo (Sarawak)

Itali umum jurulatih baharu pada 20 Mei

-

MILAN: Jurulatih kebangsaan baharu Itali akan diumumkan pada 20 Mei, kata naib pesuruhjay­a Persekutua­n Bola Sepak Itali Alessandro Costacurta kelmarin.

Costacurta, bekas pemain pertahanan AC Milan, telah diberi tugas mencari pengganti kepada Gian Piero Ventura, yang dipecat selepas kegagalan Itali yang mengejutka­n untuk layak ke Piala Dunia pada November lalu.

Dengan pengurus pasukan bawah 21 Luigi Di Biagio yang menggalas tugas buat sementara waktu, juara dunia empat kali itu mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama mereka sejak itu, tewas 2-0 kepada Argentina di Manchester pada Jumaat lepas.

“Kami akan memberitah­u anda nama jurulatih baharu pada 20 Mei,” kata Costacurta, yang memberitah­u satu sidang akhbar bahawa Di Biagio masih antara calon-calon berpotensi.

“Jika kita ada peluang untuk mendapatka­n seseorang yang lebih bagus daripada Di Biagio, dan saya rasa mereka tidak ramai, maka kami akan berbuat demikian.”

Antara nama yang disebut-sebut adalah jurulatih Zenit St Petersburg, Roberto Mancini, pengurus Chelsea, Antonio Conte, bekas jurulatih Leicester, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti.

“Ia tidak mudah untuk mencari seseorang yang dapat menjalanka­n kerja dengan sempurna, dan kami perlu melihat apa yang kami perlu buat untuk membina sebuah pasukan yang berupaya untuk layak ke Euro 2020,” kata Costacurta. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia