Utusan Borneo (Sarawak)

Bineo juara Kejohanan Petanque Double Terbuka

-

BINTULU: Pasukan Bineo dinobatkan juara Kejohanan Petanque Double Terbuka Insider Piala Datuk Pangeran Daud Awang Putera di Arena Petanque Kampung Jepak berlangsun­g kelmarin dan berakhir semalam.

Manakala naib juara disandang KPVJ Makyong Cafe 1 diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masingnya diraih Expandable Miri dan Mukah 1.

Juara menerima hadiah berupa piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM1,000. Naib juara menerima RM700 diikuti tempat ketiga dan keempat menerima RM500 dan RM300. Semua hadiah tajaan Pangeran Daud.

Kejohanan itu merupakan anjuran Kelab Sukan Rekreasi INSIDER Bintulu (KSRIB) dengan kerjasama Kelab Petanque Vaie Jepak (KPVJ) disertai oleh 96 pemain dari 48 pasukan merangkumi dari Bahagian Miri, Mukah dan Sibu termasuk Bintulu.

Pengerusi pengelola merangkap Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi INSIDER Bintulu, Ismawi Bujang berkata kejohanan julung kali itu melibatkan seramai 28 murid- murid sekolah dari Pusat Pembanguna­n Sukan Petanque (PPSP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena digabungka­n pasukan dewasa KSRIB dan KPVJ.

Katanya, kejohanan itu bagi mencungkil bakat pemainpema­in muda Bintulu untuk Sarawak dan Malaysia.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Pangeran Daud selaku penaja kejohanan tersebut serta sokongan daripada PEPSAR dan KPVJ.

Dalam perancanga­n PPSP SMK Kemena dengan kerjasama KSRIB, kejohanan antara sekolah-sekolah menengah dan rendah Bahagian Bintulu kemungkina­n diadakan pada masa hadapan.

 ??  ?? JUARA: Dua pemain pasukan Bineo muncul juara petanque berpasanga­n bersama hadiah dimenangi.
JUARA: Dua pemain pasukan Bineo muncul juara petanque berpasanga­n bersama hadiah dimenangi.
 ??  ?? KEKAL POSITIF: Sarawak FA mahu kekalkan momentum mengharung­i Liga Perdana musim ini.
KEKAL POSITIF: Sarawak FA mahu kekalkan momentum mengharung­i Liga Perdana musim ini.
 ??  ?? TAHNIAH: Ismawi menyampaik­an hadiah kepada pemain pasukan Bineo.
TAHNIAH: Ismawi menyampaik­an hadiah kepada pemain pasukan Bineo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia