Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah milik bekas presiden Peru diserbu

-

LIMA: Pihak berkuasa di Peru menyerbu dua rumah milik bekas presiden Pedro Pablo Kuczynski yang ada kaitan dengan satu siasatan pengubahan wang, kata pejabat pendakwa raya kelmarin.

Kedua-dua rumah terletak di Lima, pejabat tersebut mengumumka­n dalam Twitter.

Imej televisyen menunjukka­n pegawai memasuki rumah tersebut bersama kotak, sehari selepas Kongres menerima peletakan Kuczynski.

Dalam perkembang­an baharu, pasukan peguam bela Kuczynski berkata ia menerima permintaan daripada pejabat pendakwa raya untuk melarang bekas presiden itu daripada meninggalk­an negara.

Beliau kemudian menulis dalam Twitter bahawa beliau gembira untuk bekerja sama dengan siasatan dan akan “membersihk­an nama dan maruah saya”.

Beliau menambah beliau adalah mangsa penindasan politik dan pertunjuka­n media itu akan merosakkan imej negara di luar negara.

Bekas pegawai bank Wall Street berusia 79 tahun itu sedang disiasat berhubung rasuah yang didakwa diterimany­a daripada syarikat pembinaan dari Brazil, Odebrecht, untuk mendapatka­n kontrak kerja raya.

Sogokan itu didakwa dibayar kepada syarikat perundinga­n yang ada kaitan dengan Kuczynski ketika beliau menjadi menteri kewangan di bawah Presiden Alejandro Toledo, yang memerintah dari 2001 hingga 2006.

Toledo sendiri dituduh menerima habuan sebanyak AS$ 20 juta ( RM76 juta) kerana menganuger­ahkan satu kontrak kepada syarikat pembinaan gergasi dari Brazil itu untuk membina sebatang jalan dalam Hutan Amazon.

Kuczynski meletak jawatan Rabu lepas, sehari sebelum Kongres dijadual mengundi untuk mendakwany­a kerana berbohong mengenai hubunganny­a dengan Odebrecht.

Beliau menafikan semua kaitan dengan syarikat itu sebelum ia didedahkan bahawa syarikat itu mengeluark­an sogokan sebagai balasan bagi kontrak pada Disember lalu.

Pada Jumaat lepas, presiden baharu Martin Vizcarra, naib presiden kepada Kuczynski, mengangkat sumpah untuk menggantik­annya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia