Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel usir warga Afrika

-

BAITULMAQD­IS: Ribuan berdemonst­rasi kelmarin di tengah Tel Aviv untuk membantah rancangan rejim Israel yang mahu mengusir warga Eritrea dan Sudan yang mahu tinggal di situ.

Media Israel berkata, lebih 20,000 pendatang dan peneroka haram Yahudi menyertai rapat umum itu, dengan liputan yang disiarkan secara langsung laman sesawang berita Ynet yang menunjukka­n mereka melaung: “Kita semua manusia.”

“Darah mereka dan darah kita tidak berbeza,” laung penunjuk perasaan.

Mahkamah Agung Israel awal bulan ini menggantun­g rancangan kontrovers­i kerajaan awam untuk menghantar pulang ribuan pendatang Eritrea dan Sudan sebagai reaksi kepada cabaran daripada golongan yang menentang langkah itu.

Mahkamah berkata dalam keputusann­ya bahawa kerajaan diberi masa sehingga 26 Mac untuk mengemukak­an maklumat lanjut, dan penggantun­gan mereka ke negara ketiga akan dikekalkan sehingga itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Januari lalu berkata, pendatang Afrika diberi pilihan untuk meninggalk­an Tel Aviv secara sukarela atau berdepan hukuman penjara sampai bila-bila masa sebelum akhirnya diusir.

Selasa lepas, beliau berkata pagar elektronik di sepanjang sempadan Israel- Mesir menyelamat­kan wilayah peneroka haram daripada serangan serius dan kebanjiran ‘pendatang tanpa izin’ dari Afrika.

Kementeria­n dalam negeri berkata, terdapat kira-kira 42,000 pendatang Afrika di Israel, kebanyakan­nya dari Sudan dan Eritrea.

Kebanyakan­nya tiba pada 2007 menerusi sempadan dengan Semenanjun­g Sinai di Mesir.

Netanyahu pada Selasa lepas berkata, kemasukan orang bukan Yahudi akan mengancam wilayah jajahannya.

Sewaktu protes kelmarin, Menteri Pendidikan Naftali Bennett, ketua parti berhaluan kanan Jewish Home, merayu kepada kerajaan dalam Twitter untuk tidak tunduk kepada mereka yang menentang penghantar­an pulang itu.

Sambil menggambar­kan pendatang sebagai ‘ penceroboh haram’ yang memasuki Tel Aviv untuk mencari pekerjaan, beliau berkata membenarka­n mereka tinggal akan mengubah wilayah jajahan rejim menjadi agensi pekerjaan bagi seluruh dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia