Utusan Borneo (Sarawak)

Jutaan sertai ‘March For Our Lives’ di AS

Peserta, kebanyakan­nya dari kalangan pelajar, menuntut kawalan senjata api lebih ketat

- Muka

WASHINGTON: Lebih sejuta warga Amerika Syarikat ( AS) kelmarin memenuhi jalanan di bandar raya seluruh negara untuk protes emosional menuntut kawalan senjata api lebih ketat, dalam perarakan yang diterajui golongan remaja dari sebuah sekolah tinggi di Florida di mana 17 mati ditembak bulan lepas.

“Ahli politik, wakili rakyat atau berundur,” kata Cameron Kasky, 17, pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, kepada orang ramai pada perhimpuna­n besar di Washington.

“Berjuang untuk kami atau awas, pengundi akan datang,” kata Kasky, salah seorang ketua pergerakan pelajar dinamik dan bersemanga­t yang muncul susulan serangan di sekolahnya pada 14 Februari lalu.

Orang ramai turut menyertai demonstras­i di Atlanta, Boston, Chicago, Dallas, Denver, Los Angeles, Miami, Minneapoli­s, Seattle dan bandar raya lain, lebih 800 pada keseluruha­nnya menurut penganjur ‘March For Our Lives’.

Datuk Bandar Bill de Blasio berkata, 175,000 menyertai rapat umum di New York, dan menulis dalam Twitter: “Pelajar ini AKAN mengubah Amerika.”

Namun protes terbesar berlangsun­g di Washington, di mana penganjur memberitah­u NBC News disertai lebih 800,000 orang, rapat umum kawalan senjata terbesar di Amerika Syarikat (AS) sejak perarakan ‘ Million Mom March’ pada 2000.

Pentas utama acara di Wash- ington didirikan dekat bangunan US Capitol dan penggubal undang-undang menjadi audiens sasaran apabila mereka yang berucap menyampaik­an amaran keras masanya sudah tiba bagi undang- undang senjata api lebih ketat.

“Rakyat menuntut undangunda­ng yang melarang penjualan senjata api serangan,” kata Kasky.

“Rakyat menuntut agar kita melarang penjualan magazin peluru berkapasit­i tinggi.

“Rakyat menuntut pemeriksaa­n latar belakang sejagat,” tegasnya lanjut.

Penganjur perarakan memuatkan pautan pendaftara­n sebagai pengundi dalam laman sesawang mereka MarchForOu­rLives.com dalam usaha untuk mengubah pergerakan baharu itu menjadi kuasa politik yang kuat.

Sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan menyelar penggubal undang-undang yang menolak undang-undang lebih ketat serta Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA), pelobi senapang api berpengaru­h di AS.

“Budak-budak ini betul,” kata Jeff Turchin, 68, tukang jahit yang sudah bersara dan datang ke Washington dari New York untuk menyertai rapat umum.

“Mereka pada asasnya berkata NRA membayar ahli Republik ini,” kata Turchin mengenai parti Presiden Donald Trump, yang turut menguasai Kongres.

Perhimpuna­n di Washington bermula dengan Andra Day yang menyanyika­n lagu ‘Rise Up’ dan turut memaparkan persembaha­n bintang Jennifer Hudson.

Ibu, adik dan anak saudara Hudson berusia tujuh tahun telah ditembak mati pada 2008.

Namun penampilan paling mengagumka­n adalah oleh pelajar Stoneman Douglas.

Emma Gonzalez, 17, naik ke atas pentas memakai jaket ala tentera warna hijau dan seluar jeans koyak untuk menyampaik­an eulogi bagi 14 pelajar dan tiga orang dewasa yang dibunuh remaja bersenjata api Nikolas Cruz, 19.

Sambil menitiskan air mata, dia berdiri dengan senyap di atas podium selama empat setengah minit tatkala orang ramai berdiri dengan gelisah dan ada yang menjerit “Kami bersamamu Emma”.

“Sejak saya naik ke sini, masa sudah berlalu enam minit dan 20 saat,” kata Gonzalez akhirnya, merujuk kepada tempoh yang diambil Cruz untuk melepaskan tembakan bertalu-talu di dalam sekolah Gonzalez sebelum melarikan diri.

“Berjuang demi nyawa anda sebelum ia menjadi kerja orang lain.

“Keluar dan mengundi,” kata Gonzalez.

Yolanda Renee King, 9, cucu perempuan ikon hak sivil Martin Luther King Jr menyebabka­n ramai menangis dengan penampilan­nya yang mengejutka­n.

“Datuk saya mempunyai impian bahawa empat anak kecilnya tidak akan dinilai daripada warna kulit mereka sebaliknya atas jati diri mereka,” katanya kepada hadirin yang asyik.

“Saya mempunyai impian bahawa ia sudah cukup dan dunia ini seharusnya bebas daripada senjata api,” katanya yang merujuk kepada ucapan terkenal datuknya pada 1963 ‘I Have A Dream’ untuk menamatkan rasisme.

Di New York, bekas anggota kumpulan The Beatles Paul McCartney menyertai perarakan dan bercakap mengenai pembunuhan rakannya John Lennon pada Disember 1980.

“Setiap minggu kita dengar tentang serangan tembakan baharu dan tiada tindakan diambil mengenainy­a.

“Tetapi saya percaya mungkin selepas ini, sesuatu akan dibuat mengenainy­a,” kata McCartney.

Demonstras­i solidariti turut berlangsun­g di seluruh dunia, termasuk di bandar raya Kanada, yang mengumumka­n undang-undang senjata api lebih ketat awal minggu ini termasuk pemeriksaa­n latar belakang lebih teliti.

Sementara itu, ribuan berhimpun di Parkland untuk memberi penghormat­an kepada mangsa yang terbunuh di bandar itu pada Hari Valentine.

Trump berada di Florida ketika orang ramai berarak dan berhimpun di Washington tetapi Rumah Putih mengeluark­an satu kenyataan.

“Kami memuji ramai mudamudi berani Amerika yang menggunaka­n hak mereka di bawah Pindaan Pertama pada hari ini.

“Memastikan anak- anak kita selamat adalah keutamaan tertinggi presiden,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SUARA MUDA: Orang ramai kebanyakan­nya golongan pelajar dan penuntut kawalan senjata api lebih ketat menyertai perarakan ‘March for Our Lives’ di Washington, kelmarin.
— Gambar Reuters SUARA MUDA: Orang ramai kebanyakan­nya golongan pelajar dan penuntut kawalan senjata api lebih ketat menyertai perarakan ‘March for Our Lives’ di Washington, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? LANTANG: Gonzalez dipeluk rakannya Tyra Hemans, yang turut terselamat dalam serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, yang berucap pada penamat acara ‘March for Our Lives’ di Washington, kelmarin.
— Gambar Reuters LANTANG: Gonzalez dipeluk rakannya Tyra Hemans, yang turut terselamat dalam serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, yang berucap pada penamat acara ‘March for Our Lives’ di Washington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia