Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Earth Hour menyaksika­n kota dunia bergelap

- Muka

SYDNEY: Dewan Opera Sydney, Menara Eiffel dan Dataran Merah di Moscow adalah di antara beberapa mercu tanda dunia yang turut bergelap kelmarin, sebagai sebahagian dari satu kempen global untuk membangkit­kan kesedaran mengenai kesan perubahan iklim.

Earth Hour, yang bermula pada Australia di 2007, telah diperhatik­an oleh jutaan penyokong di 187 buah negara, yang telah menutup lampu mereka pada jam 8.30 malam waktu tempatan di mana pihak penganjur menyatakan sebagai “pergerakan akar umbi terbesar bagi perubahan iklim”.

“Ia bertujuan untuk membangkit­kan kesedaran mengenai kepentinga­n melindungi alam sekitar dan hidupan liar,” ketua penganjur Earth Hour WWF Australia Dermot O’Gorman memberitah­u AFP.

Di Paris, Menara Eiffel telah berada dalam keadaan gelap ketika Presiden Emmanuel Macron menggesa rakyat agar turut serta dan “menunjukka­n kami sanggup untuk menyertai perjuangan bagi alam semula jadi.”

“Masa bagi penafian telah lama berlalu. Kami telah kalah bukan sahaja dalam perjuangan kita menentang perubahan iklim, namun juga perjuangan kita menentang kejatuhan biodiversi­ti,” jelas beliau dalam Twitter.

Dataran Merah di Moscow turut bergelap dan Stesen Angkasa Antarabang­sa bagi bahagian Rusia telah menutup lampunya, menurut agensi berita Ria Novisti.

Imej dari sekitar Asia menunjukka­n beberapa bangunan termasuk Menara Petronas di Kuala Lumpur, selain beberapa bangunan pencakar langit pelabuhan terkenal di Hong Kong dan Singapura, dalam keadaan gelap sempena acara tersebut.

Mercu tanda global yang lain yang akan mengambil bahagian termasuk Bangunan Empire State di New York.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyatakan acara itu “dilakukan pada satu masa bagi tekanan besar terhadap penduduk dan juga planet.”

“Sumber dan ekosistem di sekitar dunia telah dalam ancaman. ‘ Earth hour’ mwerupakan satu peluang untuk menunjukka­n kesungguha­n kita untuk berubah.”

Dengan suhu dunia berada pada paras tertinggi dalam re- kod, O’Gorman menyatakan tema pada tahun ini adalah kesan bagi perubahan iklim terhadap biodiversi­ti dan spesis tanaman serta haiwan.

“Lebih dari separuh spesies tanaman dan haiwan berdepan dengan kepupusan tempatan di sebahagian dari kawasan yang paling kaya secara semulajadi di dunia dalam biodiversi­ti pada perubahan abad ini sekiranya kita terus melalui laluan sekarang yang kita jalani dalam terma bagi pemanasan global,” jelas beliau.

Beberapa spesies yang berdepan risiko termasuk penyu hijau di Australia, walabi batu hitam dan koala, termasuk koloni penguin Adelie di Antartika, menurut kumpulan pemulihara­an dalam satu laporan yang dilakukann­ya mana telah diterbitka­n dalam jurnal sains Climatic Change.

Analisis tersebut, dikeluarka­n pada minggu lepas, menyatakan kawasan utama perubahan biologi di seluruh dunia dikatakan sebagai paling terjejas dengan kepupusan peringkat tempatan termasuk di Amazon, hutan hujan tropika terbesar di dunia, dan Miombo Woodlands di selatan Afrika.

Ketika acara penutupan lampu merupakan satu langkah simbolik, Earth Hour telah mengetuai kempen berjaya sepanjang dekad lepas untuk mengharamk­an plastik di Kepulauan Galapagos dan menanam 17 juta pokok di Kazakhstan.

Seorang penduduk Sydney Dianna Ali, sedang makan malam bersama dengan keluargany­a ketika lampu dipadamkan di bandar, menyatakan inisiatif telah membuatkan beliau lebih peka dengan kesan bagi gaya hidup beliau terhadap kesihatan planet.

“Sejak Earth Hour bermula, ia telah membuatkan saya lebih peka tentang berapa banyak kuasa yang saya telah gunakan,” beliau memberitah­u AFP.

“Saya berfikir mengenai berapa banyak seorang individu boleh melakukan satu perubahan.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK KETINGGALA­N: Kombinasi gambar menunjukka­n Jambatan Pelabuhan Sydney dan Opera House bergelap sebagai tanda menyertai kempen Earth Hour kelmarin.
— Gambar AFP TIDAK KETINGGALA­N: Kombinasi gambar menunjukka­n Jambatan Pelabuhan Sydney dan Opera House bergelap sebagai tanda menyertai kempen Earth Hour kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia