Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi polis di ‘favela’ Rio berakhir maut

-

SAO PAULO: Lapan maut dalam operasi polis pagi kelmarin di kampung setinggan ‘favela’ Rocinha yang ganas di Rio de Janeiro, kata pihak berkuasa.

Polis tentera, yang sekarang beroperasi di seluruh negeri Rio de Janeiro, berkata anggota tentera sedang meronda di dua kawasan di selatan dan tenggara kampung setinggan tersebut apabila mereka berkonfron­tasi dengan penjenayah.

Selepas insiden itu, polis berkata selaras raifal, tujuh pucuk pistol dan dua butir bom tangan telah dirampas.

Saudara- mara mangsa memberitah­u media tempatan bahawa anggota keluarga mereka tiada kaitan dengan pengedar dadah.

“Mereka membunuh anak saya dengan kesan peluru di belakang,” kata bapa Matheus da Silva Duarte de Oliveira, 19, kepada laman sesawang G1.

Menurut bapanya, Matheus tiada kaitan dengan pengedaran dadah dan sedang menyertai parti tari-menari.

Kira-kira 100,000 orang hidup di kampung setinggan Rocinha, kebanyakan­nya dalam keadaan tidak bersih.

Sejak September lalu, ia telah menyaksika­n beberapa konfrontas­i dalam perang kawasan yang sedang berlaku di antara geng-geng dadah yang mahu menguasai pengedaran dadah di kawasan itu.

Sejak bulan lepas keselamata­n awam di negeri Rio telah diletakkan di bawah kawalan tentera yang kontrovers­i seperti yang diarahkan oleh Presiden Michel Temer, yang menyebut tentang kerosakan dalam penguatkua­saan undang-undang.

Namun tiada bukti yang menunjukka­n situasi itu semakin terkawal.

Pada minggu lepas, seorang bayi berusia setahun maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di antara polis dengan anggota geng dadah di kampung setinggan Alemao beberapa hari selepas serangan ala pembunuhan ke atas Marielle Franco, ahli majlis bandar raya yang terkenal kerana kelantanga­nnya bersuara mengenai kekejaman polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia