Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain bola sepak muda Syria mati terkena bedilan roket di Damsyik

-

DAMSYIK: Beberapa butir roket yang dilepaskan pemberonta­k di luar Damsyik mengorbank­an seorang pemain bola sepak muda Syria dan mencederak­an tujuh orang lagi kelmarin ketika mereka sedang berlatih di pinggir ibu negara, menurut media rasmi.

SANA menyatakan roket mengenai sebuah kelab sukan di kawasan kejiranan Mazraa di ibu negara, yang turut men- empatkan kedutaan Rusia.

Mohsen Abbas, presiden pasukan bola sepak bagi pasukan tentera Syria, menamakan mangsa muda itu sebagai Samir Mohamad Massoud yang berusia 12 tahun.

“Mereka menyerang pusat sukan Al- Fayhaa dengan bedilan yang meragut nyawa seorang kanak- kanak dan mencederak­an tujuh lagi ketika mereka sedang berlatih,” menurut Abbas.

Beliau menyatakan, Massoud bermain dalam liga remaja bagi pasukan bola sepak tentera Syria dan telah berlatih di Al-Fayhaa.

“Mangsa salah seorang pemain remaja paling menonjol dan memiliki moral tinggi,” tambah Abbas.

SANA menyatakan beberapa orang lagi dalam pasukan U-15 itu dirawat di beberapa hospital di ibu negara.

Al-Fayhaa merupakan gim paling dikenali di ibu negara dan pasukan negara berlatih di sana.

Ia telah dibedil beberapa kali oleh pihak pemberonta­k berpusat di pinggir ibu negara di enklaf Ghouta Timur.

Serangan terbaharu ke atas Damsyik muncul hanya beberapa hari selepas serangan roket berbahaya ke atas ibu negara dalam peperangan tujuh tahun di negara itu.

Tembakan pemberonta­k menghentam sebuah pasar popular di bahagian timur ibu negara pada malam Selasa, mengakibat­kan sekurang-kurangnya 44 orang awam terkorban.

Serangan muncul ketika pihak pemberonta­k membersihk­an beberapa kawasan persembuny­ian di sekitar Ghouta di bawah perjanjian pemindahan.

Pasukan penentang sekarang menawan kurang 10 peratus Ghouta selepas serangan kerajaan Syria selama sebulan menawan majoriti besar enklaf tersebut.

Penduduk Damsyik menyuaraka­n harapan serangan akan menamatkan serangan roket ke atas kawasan kejiranan pinggir ibu negara berhampira­n Ghouta. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia