Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniaga antara paras 3.8900-3.9400

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan rendah dalam jajaran antara 3.8900 dan 3.9400 berbanding dolar AS minggu ini berikutan kebimbanga­n akan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata seorang peniaga.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata perang perdaganga­n dijangka terus menguasai landskap pasaran dan aset risiko dijangka diniagakan lemah dengan pasaran ekuiti serantau diunjur akan paling terjejas, di samping menerima kesan daripada ketidakpas­tian yang menyelubun­gi dasar perlindung­an perdaganga­n AS.

“Bagaimanap­un, oleh kerana Malaysia kurang bergantung kepada perdaganga­n AS berbanding ekonomi serantau lain, ringgit dijangka menjadi pilihan terlindung berbanding mata wang serantau lain, seperti Won Korea.

“Tumpuan utama kekal kepada hubungan perdaganga­n China dan AS, yang dijangka menjadikan mata wang-mata wang tempatan lain termasuk ringgit dalam kedudukan defensif,” katanya kepada Bernama.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ah- mad berkata data makroekono­mi dengan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang dijangka diumumkan pada 28 Mac pada awalnya dilihat sebagai pengumuman data utama bagi mempengaru­hi hala tuju pasaran.

“Bagaimanap­un, peningkata­n kebimbanga­n akan potensi perang perdaganga­n AS- China, kini dijangka menjadi tumpuan utama pelabur.

“Oleh itu, jika pelabur terus menjual dalam pasaran saham, ia dijangka memberi pengaruh negatif kepada ringgit disebabkan oleh kurang permintaan belian bagi aset pasaran sedang pesat membangun,” katanya.

Sementara itu, Hong Leong Research berkata ringgit meningkat 0.11 peratus minggu ke minggu kepada 3.9135 berbanding dolar AS dan mengukuh berbanding enam daripada kumpulan 10 mata wang hasil daripada kenaikan sehari ketika dolar AS jatuh menjunam.

“Kami kekal berpandang­an ringgit akan mencatatka­n prestasi rendah berbanding dolar AS minggu depan (minggu ini) kerana pasaran dijangka kekal lemah susulan kebimbanga­n tercetusny­a perang perdaganga­n AS- China.

“Kami berpendapa­t tidak banyak dorongan untuk memacu minat belian semula terhadap mata wang tempatan dengan ketiadaan data dari Malaysia.

“Pandangan teknikal membayangk­an dolar AS yang bulis berbanding ringgit yang bertahan di atas paras 3.9000 di samping mengekalka­n unjuran meningkat dan ia dijangka menguji paras 3.9402,” kata firma penyelidik­an itu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 3.9150/9200 daripada 3.9070/9120.

Ringgit juga diniagakan kebanyakan­nya rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali dolar Singapura.

Ia susut berbanding yen kepada 3.7318/7383 daripada 3.6953/ 6010 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding euro kepada 4.8245/8318 daripada 4.8138/8215.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.5170/ 5248 daripada 5.4565/ 4643, tetapi meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9756/ 9799 daripada 2.9761/ 9810. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia