Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit mengukuh 14.6 peratus pada 2017 dan paling stabil di rantau ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat 14.6 peratus pada 2017 dan menjadi mata wang yang paling stabil di rantau ini berikutan prospek ekonomi yang kekal kukuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Tahunan Takaful 2018 di sini Jumaat, Muhammad berkata, BNM sentiasa menekankan bahawa kuasa pasaran akan menentukan nilai ringgit.

“Tidak pernah ada paras sasaran untuk kadar pertukaran ringgit. Dengan ekonomi dan pasaran kewangan sentiasa berubah, penetapan pada paras tertentu kadar pertukaran ringgit adalah tidak produktif, walaupun tidak menjejaska­n ekonomi.

“Apa yang penting bagi Bank Negara dan kita semua di sini adalah untuk memastikan sebarang penyesuaia­n dilakukan secara beransur-ansur dan teratur, tanpa menyebabka­n gangguan yang tidak wajar kepada perniagaan dan isi rumah,” katanya.

Muhamad berkata, pasaran pertukaran asing boleh berubah-ubah, oleh itu BNM harus sentiasa berjaga-jaga, memandangk­an keadaan ekonomi dan kewangan global mungkin berubah dengan pantas berikutan banyak perkembang­an seperti normalisas­i kadar faedah, risiko geopolitik dan kecenderun­gan untuk men- gamalkan dasar yang mungkin menghalang perdaganga­n terbuka.

Menurutnya, kenaikan dan kestabilan ringgit baru-baru ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah oleh negara kerana apa yang telah dipelajari pada tahun-tahun kebelakang­an ini ialah jangan mengetepik­an perkara yang tidak dijangka. Penurunan ketara harga minyak global, perubahan drastik dasar disruptif oleh ekonomi utama dan peningkata­n ketegangan perdaganga­n baru-baru ini adalah contoh penting peristiwa yang akan terus memberi kesan kepada ekonomi dan ringgit, katanya.

Mengenai ekonomi Malaysia, beliau berkata, ekonomi domestik berkembang kukuh sebanyak 5.9 peratus pada 2017, disokong oleh pertumbuha­n global dan permintaan domestik yang teguh yang kekal menjadi punca utama pertumbuha­n Malaysia, beras- askan keadaan pendapatan dan pasaran pekerja yang sihat.

“Ini bukan hasil daripada usaha satu tahun. Ia adalah satu gambaran tentang perubahan struktur yang berjaya yang dilakukan selama dua dekad yang lalu.

“Peralihan Malaysia ke arah ekonomi yang dipacu permintaan domestik dan kepelbagai­an ekonomi berterusan telah meletakkan kita dalam kedudukan yang sangat baik untuk menyesuaik­an diri dan memanfaatk­an perubahan ekonomi global,” katanya.

Muhamad berkata, transforma­si lain yang telah berlaku dalam tempoh dua tahun lalu adalah peningkata­n kecanggiha­n pasaran kewangan dan pasaran pertukaran asing.

Pengenalan langkah Jawatankua­sa Pasaran Kewangan juga telah meletakkan asas untuk pasaran kewangan dan pertukaran asing yang lebih sihat dan lebih baik, tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia