Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah eksport sarang burung walet ke China hampir selesai

-

KUALA TERENGGANU: Pengusaha burung walet mentah disaran terus menaruh kepercayaa­n kepada kerajaan bagi menyelesai­kan masalah mengekspor­t ke China kerana ia hampir mencapai keputusan akhir.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rundingan tidak pernah terhenti malah pelbagai syarat yang dikenakan negara itu telah cuba dipatuhi sebaiknya, namun ia bukanlah boleh diselesaik­an dalam tempoh singkat.

Katanya, rundingan sejak tahun lepas itu perlu dilakukan bagi meraih kepercayaa­n China susulan berlaku beberapa ‘kecurangan’ oleh negara pengekspor­t lain.

“Saya telah beritahu pengusaha bahawa kita telah berada dalam persiapan terakhir bagi membolehka­n sarang burung walet mentah ini dihantar terus ke China dan kita telah tandatanga­ni protokol kira-kira lebih setahun lalu.

“Protokol ini membole- hkan pihak China memberi kuasa kepada kerajaan kita di bawah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar untuk membuat pemeriksaa­n dan rundingan dengan pengusaha supaya memenuhi syarat yang telah China tetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 200 pengusaha burung walet dari pelbagai negeri di sini, kelmarin.

Tambahnnya, dalam sesi kali ini beliau amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukka­n pengusaha malah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar juga berpeluang menerangka­n ‘kepercayaa­n’ yang dipohon pihak China supaya tiada kecurangan dan bekalan sarang burung tercemar.

“Saya percaya tidak lama lagi ia jadi kenyataan dan sekarang pun kita dapat lihat tekanan harga yang suatu ketika dulu pernah jatuh RM800 sekilogram dan sekarang meningkat antara RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, pihaknya telah dimaklumka­n bahawa beberapa pihak di China telah mula membina dua blok bangunan bernilai RM400 juta di kawasan perindustr­ian sebagai persediaan menerima kedatangan burung walet dari Malaysia.

Selain itu, bagi menggalakk­an lebih ramai yang berminat mengusahak­an industri tersebut, Ahmad Shabery berkata, Bank Pertanian telah diarahkan untuk menilai semula bentuk bantuan yang boleh disalurkan.

“Kita sedar negara kita ada lebih 10,000 pengusaha burung walet berdaftar dan mungkin lebih daripada 20,000 rumah (burung walet) yang ada dalam negara dan ia sekali gus mengangkat pendapatan dan taraf hidup rakyat, terutama di luar bandar.

“Bukan mudah untuk mengekspor­t hasil kita ke China. Contohnya nanas, kita ambil masa 10 tahun untuk masuk, nangka sehingga 12 tahun dan kini kita berharap dapat percepatka­n hasil durian kita untuk masuk ke sana tetapi burung walet ini telah dapat protokol pertama dan saya percaya setahun itu perkara biasa...China adalah negara yang memunyai dasar dan piawaian pemakanan yang tinggi,” katanya.

Mengikut rekod, negara ini telah mengekspor­t sebanyak 400 tan metrik sarang burung walet dan hanya 35 tan metrik sahaja yang telah diproses, namun kebanyakan­nya terpaksa melaui negara lain yang bertindak sebagai ejen untuk dieksport ke China. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTEMU PENGUSAHA: Ahmad Shabery (tengah) bersama para pengusaha burung walet pada Majlis Perjumpaan Bersama Pengusaha Burung Walet Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama BERTEMU PENGUSAHA: Ahmad Shabery (tengah) bersama para pengusaha burung walet pada Majlis Perjumpaan Bersama Pengusaha Burung Walet Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia