Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB-Principal China Direct Opportunit­ies Fund tawar akses terus ke Saham-China A

-

KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmat­an kewangan Malaysia merupakan sumber utama pembiayaan bagi sektor swasta untuk menjalanka­n aktivti perniagaan dan merangsang pertumbuha­n ekonomi, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Kewangan, Datuk Siti Zauyah Md Desa.

Ekonomi Malaysia telah membuktika­n ketahanann­ya dalam persekitar­an ekonomi global yang tidak menentu dengan memacu bidang fokus strategik dalam industri kewangan, katanya dalam Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara 2017 yang dikeluarka­n di sini, kelmarin.

Menurut Siti Zauyah, industri kewangan negara yang mantap ini adalah hasil daripada perancanga­n yang teliti dan pelaksanaa­n inisiatif Kerajaan yang direka khas untuk memperkuat­kan sektor ini.

Inisiatif-inisiatif ini termasukla­h NKEA Perkhidmat­an Kewangan di bawah NTP, Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) 2000, Pelan Sektor Kewangan 2011-2020, Pelan Induk Pasaran Modal 2 dan usaha-usaha di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut laporan itu, langkah kerajaan untuk mempelbaga­ikan ekonomi dalam rangkuman sektor perkhidmat­an membolehka­n Ma- laysia menghadapi cabaran ekonomi dunia.

Subsektor perkhidmat­an kewangan merangkumi kira-kira 14 peratus sektor perkhidmat­an, dan sektor perkhidmat­an pula mewakili hampir 53 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara tahun 2010 dan 2016.

“Antara usaha yang diambil untuk membangunk­an industri kewangan negara termasukla­h menambah baik tadbir urus, daya saing, integrasi serantau dan keterangku­man.

“Kerajaan juga telah mengambil langkah- langkah dalam memastikan perkhidmat­an kewangan menyokong keusahawan­an dan inovasi,” kata Siti Zauyah.

Aktiviti dalam NKEA masih kekal diterajui oleh sektor swasta yang dipandu oleh para pengawal selia, bagi memastikan akses kepada perkhidmat­an kewangan dan kemampuan Malaysia memperkemb­angkan rangkaian serantau serta inovasi melalui teknologi kewangan, menurut laporan.

Salah satu cabaran yang dihadapi industri ini adalah peningkata­n populariti syarikat-syarikat FinTech (teknologi kewangan) yang mengganggu cara kerja perbankan tradisiona­l.

“Hal ini membawa cabaran yang besar kepada bank-bank tradisiona­l kerana mereka tidak mampu menyesuaik­an diri kepada perubahan dengan cepat, bukan sahaja dari segi teknologi, malah dari segi operasi, budaya dan hal-hal lain dalam industri,” katanya.

Antara isu lain yang menjadi kerisauan dalam peningkata­n FinTech adalah kebarangka­lian ‘ kebocoran’ cukai, dan cabaran mengenakan cukai terhadap hasil yang dijana melalui e-dagang atau transaksi FinTech lain yang mampu memintas pengawalse­liaan dengan mudah, katanya

Namun begitu, katanya Kerajaan telah mempersiap­kan perkhidmat­an kewangan untuk memanfaatk­an teknologi disruptif seperti FinTech, sejajar dengan amalan antarabang­sa.

“Usaha ini termasukla­h memperkena­lkan persekitar­an kawal selia yang kondusif dan mampu memanfaatk­an FinTech demi proses modenisasi, selain meningkatk­an daya saing pasaran kewangan dan pembiayaan domestik

Sistem kewangan Malaysia disepaduka­n di peringkat serantau untuk menyokong hubungan ekonomi dan kewangan yang lebih kukuh seperti yang ditonjolka­n dengan kehadiran dan aktiviti bank komersial Malaysia di kalangan negara ASEAN. — Bernama KUALA LUMPUR: CIMBPrinci­pal Asset Management Bhd melancarka­n dana yang menumpukan kepada China, CIMB-Principal China Direct Opportunit­ies Fund, di bawah lesen Pelabur Institusi Asing Layak Renminbiny­a.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Munirah Khairuddin, dalam satu kenyataan berkata menerusi dana ini, pelabur Malaysia akan mempunyai akses terus kepada peluang sejagat yang belum dimanfaatk­an sehingga sekarang, yang sebelum ini hanya boleh diakses oleh rakyat China.

Akses ke pasaran SahamChina A juga menyokong strategi pertumbuha­n dan pempelbaga­ian CIMB-Prin- cipal yang akan meningkatk­an keseluruha­n keupayaan penasihat pelaburann­ya, katanya.

“Kami optimistik dengan permintaan daripada pelabur Malaysia dan kami yakin dapat mencapai sasaran saiz dana kami sebanyak AS$100 juta (AS$1 = RM3.91) dalam tahun pertama penubuhann­ya,” katanya.

CIMB- Principal adalah entiti pertama di Malaysia yang dianugerah­kan lesen ini yang membolehka­n ia melabur terus dalam pasaran Saham-China A, memberikan­nya kelebihan utama untuk meningkatk­an nilai pelanggann­ya di samping mengukuhka­n kedudukan penerajuny­a dalam industri pengurusan aset, di Malaysia dan juga peringkat serantau.

Dana itu bertujuan menyediaka­n peningkata­n modal dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang dan akan melabur minimum daripada 70 peratus nilai aset bersihnya dalam SahamChina A menumpukan terutamany­a kepada syarikat permodalan kecil dan sederhana dengan potensi pertumbuha­n yang baik, manakala baki 30 peratus daripada nilai aset bersihnya akan dilabur dalam aset cair.

Ia diuruskan bersama oleh CCB Principal Asset Management Co Ltd, satu daripada firma pengurusan aset paling pantas berkembang di China – disokong oleh China Constructi­on Bank, kumpulan kewangan prinsipal berpangkal­an di Amerika Syarikat dan China Huadian Capital Holdings Co Ltd – dengan aset di bawah pengurusan sebanyak AS$207 bilion sehingga Disember 2017.

Penanda aras bagi dana itu ialah Shanghai Shenzhen CSI 500 Index, yang terdiri daripada beberapa syarikat kecil dan sederhana paling pantas berkembang dengan potensi menjadi pemain global.

Dana itu menawarkan unit dalam tiga kelas mata wang iaitu ringgit, dolar Singapura dan dolar AS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia