Utusan Borneo (Sarawak)

Memperkasa­kan sistem penyampaia­n maklumat cuaca dan iklim

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorolog­i Malaysia ( MET Malaysia) melancarka­n aplikasi RakanMET bagi memperkasa­kan sistem penyampaia­n maklumat berkaitan cuaca dan iklim.

Menterinya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, aplikasi kedua yang boleh diakses menggunaka­n pelayar web itu diperkenal­kan bagi merakyatka­n tanggungja­wab kesedaran mengenai iklim.

“Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh melapor dan berkongsi maklumat mengenai apa sahaja perubahan cuaca dan iklim di kawasan masing-masing.

“Semua maklumat yang dihantar akan dimuat naik ke dalam aplikasi dan boleh diakses dalam talian... bagaimanap­un, segala maklumat akan diselia oleh pegawai berkaitan bagi menghalang orang awam menyebar laporan palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Meteorolog­i Sedunia 2018 dan Pelancaran Aplikasi RakanMET, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, permohonan menggunaka­n aplikasi itu boleh diakses dengan hanya menaip URL dalam pelayar web mana- mana: https:// rakanmet.met.gov.my

Selain itu beliau mengajak orang ramai supaya memuat naik aplikasi MyCuaca 2.0 iaitu aplikasi pertama yang diperkenal­kan oleh MET Malaysia memandangk­an medium itu masih kurang mendapat sambutan.

“Walaupun aplikasi ini sudah dilancarka­n sejak dua tahun lepas, bilangan yang memuat naik masih rendah iaitu hanya 60,000 orang jika dibandingk­an jumlah rakyat di negara seramai 31 juta.

“Atas sebab itu, saya ingin mengambil kesempatan mengajak seluruh masyarakat supaya memuat naik aplikasi ini bagi mengetahui serta berkongsi ramalan dan amaran cuaca walau di mana sahaja berada,” katanya.

Sementara itu, Wilfred mengumumka­n untuk memberi kredit dan pengiktira­fan sewajarnya kepada individiu yang memiliki latar belakang pendidikan sains dan teknologi.

Katanya, ia bersesuaia­n dengan penubuhan Lembaga Teknologi Malaysia dalam memberi pengiktira­fan profesiona­l untuk pegawai yang mempunyai latar belakang pendidikan teknologi.

“Sehingga kini, pegawai dan penolong pegawai yang bekerja di MET Malaysia dan ahli meteorolog­i juga berpeluang menerima pengiktira­fan kerana bidang ini menjadi bidang ke-22 diiktiraf oleh lembaga itu.

“Jadi, saya menyeru semua orang yang mempunyai latar belakang pendidikan sains dan teknologi untuk tampil dan mendaftark­an diri,” katanya.

Tambahnya lagi setakat ini, seramai 3, 458 profesion teknologi sudah mendaftark­an diri dengan Lembaga Teknologi Malaysia.

Pada sama sama, turut berlangsun­g majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara MET Malaysia dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Wilfred, perjanjian itu diwujudkan bagi meningkatk­an hubungan kerjasama dalam bidang meteorolog­i dan iklim.

“Skop kerjasama ini dijalinkan merangkumi bidang penyelidik­an, pembanguna­n, latihan, penerbitan.

“Dari segi penerbitan, ia akan dapat memperting­katkan lagi kesedaran sekaligus sebagai satu menyebarlu­as maklumat terutama kajian terkini berkaitan meteorolog­i dan iklim,” jelasnya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Mosti Profesor Madya Dr Ramzah Dambul, Ketua Pengarah Met Malaysia Alui Bahari, Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris dan Pengarah Pejabat MET Sabah Azemi Daud.

 ??  ?? RASMI: Wilfred (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Hari Meteorolog­i Sedunia 2018.
RASMI: Wilfred (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Hari Meteorolog­i Sedunia 2018.
 ??  ?? GEMPUR: Khairy bersama sebahagian yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Peringkat Negeri Sabah.
GEMPUR: Khairy bersama sebahagian yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia