Utusan Borneo (Sarawak)

Kes denggi Sabah meningkat mendadak

-

KOTA KINABALU: Jumlah kes denggi di Sabah meningkat dengan mendadak sejak Disember lalu.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata seperti dimaklumka­n Pejabat Kesihatan Daerah Kota Kinabalu, jumlah kes denggi telah meningkat dengan mendadak sejak bulan Disember dan telah mencatatka­n satu kes kematian di Taman Puterajaya Telipok melibatkan seorang kanakkanak.

Katanya, peningkata­n kes adalah sebanyak 183 kes berbanding minggu kajian tentang penyakit yang sama pada 2017.

“Ini adalah satu angka peningkata­n yang amat membimbang­kan,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nsem- pena program Gotong-Royong Bersepadu di Kampung Pulau Penampang dan Suang Parai, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jainab berkata aspek kebersihan menjadi salah satu agenda keutamaan kerajaan.

Jelasnya, ia amat penting kerana usaha untuk memelihara dan mengekalka­n kebersihan persekitar­an masyarakat membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga kepada kelestaria­n alam semula jadi.

“Suka saya tekankan pada hari ini bahawa antara langkah kawalan yang paling berkesan untuk menghapusk­an penyakit ini adalah melalui penghapusa­n tempat pembiakan nyamuk.

“Langkah-langkah proaktif harus kita ambil seperti jika demam datanglah ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatka­n pemerikasa­n dan rawatan awal kerana ia boleh membawa maut.

“Sesungguhn­ya, sokongan dan kerjasama semua ahli masyakarat di peringkat akar umbi serta penduduk setempat seperti yang kita lakukan pada hari ini adalah sangat penting dan berkesan,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Bahari Hassan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Bahari (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jainab pada program Gotong-Royong Bersepadu di Kampung Pulau Penampang dan Suang Parai.
TERIMA KASIH: Bahari (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jainab pada program Gotong-Royong Bersepadu di Kampung Pulau Penampang dan Suang Parai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia