Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah tidak boleh dibiar kembali ke zaman kemunduran: Khairy

-

SIPITANG: Sabah tidak boleh dibiar kembali ke zaman kemunduran dahulu dan dipinggirk­an dari segi pembanguna­n, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ( BN) Malaysia Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya kata beliau, Sabah perlu bergerak maju dalam semua aspek termasuk pembanguna­n ekonomi.

“Kita tidak mahu Sabah kembali ke zaman kemunduran, justeru kita perlu pertahanka­n kerajaan BN yang ada demi kemajuan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Sipitang, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Pengerusi BN Parlimen Sipitang yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Sabah Yamani Hafez Musa serta barisan kepimpinan BN Bahagian Sipitang.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata pembanguna­n di Sabah semakin meningkat sejak pentadbira­n Tun Abdullah Ahmad Badawi dan terus membangun lebih mapan sejak diambil alih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, berband- ing pemimpin sebelumnya, keperluan rakyat di negeri ini tidak dipeduli walaupun Sabah banyak menyumbang terhadap ekonomi persekutua­n.

“Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berundur dan diambil alih oleh Tun Ahmad Badawi seterusnya Datuk Seri Najib, pembanguna­n di negeri ini terus meningkat secara drastik merangkumi semua peringkat,” katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN Kebangsaan berkata, pembanguna­n di Sabah bertambah makmur di bawah kepimpinan Musa sebagai ketua menteri yang banyak membawa pembaharua­n dalam pelbagai aspek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia