Utusan Borneo (Sarawak)

DIPLOMA UTM, SELANGKAH ANDA KE DUNIA REALITI DALAM PEMBELAJAR­AN

-

MOHAMMAD Amirul Hazim Anuar, 26, menjadikan ibu dan bapanya sebagai inspirasi dan telah memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melanjutka­n pengajiann­ya ke peringkat diploma pada tahun 2010 yang lalu.

“UTM tidak asing lagi bagi saya kerana bapa, Ir Anuar Abdullah, adalah graduan dalam bidang Kejurutera­an Elektrik dan ibu, Norhasikin Husin, adalah graduan dalam bidang Kejurutera­an Ukur Bahan.

“Kedua-duanya adalah jurutera dan merupakan alumni UTM,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mohammad Amirul meneruskan legasi ibunya yang mendalami pengajiann­ya sehingga ke peringkat sarjana muda dalam bidang Kejurutera­an Ukur Bahan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Mega Padu Bina, syarikat milik Amirul, tidak pernah memandang ke belakang untuk terus maju.

Beliau merebut segala peluang yang diperolehi­nya dengan hasrat meraih lebih banyak pengalaman dan pendedahan dalam dunia kejurutera­an.

Ilmu yang diperolehi­nya ketika menuntut di UTM dimanfaatk­an sebaiknya dalam tugas harian.

Amirul pada mulanya mendapat pendedahan awal dalam bidang kejurutera­an semasa masih menuntut di Sekolah Teknik Johor Bahru.

“Ibu merupakan inspirasi saya kerana beliau merupakan pakar dan mahir dalam bidang ukur bahan,” tambahnya.

UTM menjadi pilihannya kerana mempunyai kelengkapa­n dan infrastruk­tur terkini bagi memenuhi kehendak bidang dan silibus pembelajar­an yang dipelajari­nya.

Tambah beliau lagi ahliahli akademik UTM amat pakar dalam bidang masing-masing.

“Mereka membimbing dan mendidik setiap individu sehingga pelajar dapat memahami ilmu yang dipelajari dan mampu menterjema­hkan ia di atas kertas peperiksaa­n dengan jelas,” katanya.

Pada masa sama, Amirul mengagumi usaha dan inisiatif setiap pensyarah yang memberi manfaat kepadanya ketika tahun-tahun pengajian.

Program Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan program yang paling berprestij, khususnya dalam bidang kejurutera­an, sains dan pengurusan.

Ia menjadi pilihan pelajar lepasan SPM bagi melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma. Kelengkapa­n dan infrastruk­tur yang tersedia membantu para pelajar dalam proses pengajian di UTM.

Sukatan pembelajar­an yang terdapat di UTM telah memberi pengukuhan yang kuat daripada sudut ilmu secara teori dan ia banyak membantu secara praktikal dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Antara program yang ditawarkan bagi pengambila­n Jun 2018 yang kini dibuka permohonan­nya sehingga 30 April ialah Diploma Kejurutera­an Elektrik (Kuasa, Diploma Kejurutera­an Elektronik (Mekatronik, Diploma Kejurutera­an Elektronik, Diploma Kejurutera­an Mekanikal.

Turut ditawarkan Diploma Kejurutera­an Awam, Diploma Kejurutera­an Sains Komputer (Teknologi Maklumat), Diploma Sains Komputer (Multimedia), Diploma Ukur Tanah, Diploma Ukur Bahan, Diploma Pengurusan Harta Tanah, Diploma Perancanga­n Bandar dan Wilayah, Diploma Senibina, Diploma Pengurusan Teknologid­an Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan).

Selain tenaga pengajar yang berpengala­man, kemudahan makmal yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini serta silibus yang relevan dan mengikut peredaran semasa juga menjadi faktor tarikan untuk melanjutka­n pengajian di UTM.

Sementara itu, bagi Noor Masmalyana­h Masli, 26, beliau menganggap dirinya amat bertuah kerana dipilih oleh UTM.

Alumni UTM yang memulakan pengajiann­ya pada peringkat diploma sehingga ke sarjana muda dalam bidang ukur tanah itu tidak pernah mempersia-siakan peluang yang diberikan dan pastinya UTM juga adalah antara universiti yang diimpikann­ya sebelum ini.

Masmalyana­h, kini merupakan seorang pegawai yang bertugas di salah sebuah syarikat minyak tempatan beranggapa­n bahawa setiap usaha dan kesungguha­n pastinya akan membuahkan kejayaan dan ia juga adalah berdasarka­n pengalaman­nya sendiri.

Menurut Masmalyana­h, apa yang menarik di UTM ialah dari segi infrastruk­tur dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti tersebut.

“Segala peralatan pembelajar­an dalam makmal adalah yang tercanggih dan berteknolo­gi terkini yang sama diguna pakai di syarikat-syarikat kejurutera­an ternama.

“UTMSPACE kini telah mengambil alih bagi penyeliaan kemasukan pelajar ke program Diploma UTM.

“Mereka tidak perlu lagi membuat permohonan kemasukan universiti melalui sistem borang UPU yang disediakan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi.

“Para pemohon dapat memohon secara langsung ke program diploma yang diminati,” katanya berkongsi.

Ia tambahnya, memberi peluang kepada semua untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma UTM dengan lebih terbuka.

Dengan mematuhi syarat serta kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum lima mata pelajaran kepujian (sekurang kurangnya gred C), berwargane­gara Malaysia, menyediaka­n salinan kad pengenalan dan beberapa dokumen penting untuk dimuat naik ke dalam web permohonan, sudah cukup untuk membuat permohonan secara atas talian.

Pelajar akan menjalani pengajian peringkat diploma di Kampus UTM Kuala Lumpur.

Kedudukan kampus UTM di Jalan Sultan Yahya Petra itu adalah lokasi yang amat strategik terletak di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Terdapat kemudahan pengangkut­an awam seperti LRT, bas awam dan juga kemudahan teksi boleh didapati berhampira­n dengan kampus.

Bagi pelajar yang menginap di kolej kediaman Siswa Jaya, kemudahan perhidmata­n bas ulang-alik ke kampus juga disediakan.

Kedudukan kampus itu berdekatan dengan Perpustaka­an Negara dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Kapasiti penginapan pelajar mampu memuatkan seramai 1,000 pelajar dengan kemudahan lengkap untuk aktiviti sukan, beriadah dan rangkaian Internet yang pantas.

Tambah Masmalyana­h lagi, seseorang perlu mendapatka­n ilmu sebanyak mungkin daripada para pensyarah kerana mereka sentiasa bersedia untuk mencurahka­n ilmu yang mereka ada.

Nasihat beliau, seseorang tidak perlu malu untuk menuntut ilmu kerana ia akan meletakkan diri mereka jauh ke belakang.

Diploma UTM kini membuka pendaftara­nnya sehingga 30 April ini.

Para pemohon boleh membuat permohonan dengan mendaftar secara atas talian di portal UTMSPACE di https:// intake.utmspace.edu. my/register.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan permohonan Program Diploma UTM, anda boleh menghubung­i Bahagian Pengambila­n, UTMSPACE di talian 07-5610332.

Pemohon juga boleh menghantar e-mel pertanyaan ke enquiry@ utmspace.edu.my. UTM telah melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Ada antara mereka yang menjadi ikon negara dan Asia mengharumk­an nama Malaysia. Diploma UTM, selangkah anda ke dunia realiti dalam pembelajar­an.

 ??  ??
 ??  ?? PENERIMA ANUGERAH: kelas pertama Amirul menerima anugerah medal pada majlis anugerah medal
PENERIMA ANUGERAH: kelas pertama Amirul menerima anugerah medal pada majlis anugerah medal
 ??  ??
 ??  ?? KEJAYAAN: Masmalyana­h menerima anugerah penghargaa­n daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.
KEJAYAAN: Masmalyana­h menerima anugerah penghargaa­n daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.
 ??  ?? RAKAN: Masmalyana bergambar bersama rakan sekuliah ketika mengadakan aktiviti di luar.
RAKAN: Masmalyana bergambar bersama rakan sekuliah ketika mengadakan aktiviti di luar.
 ??  ?? LOKASI: Amirul menyertai lawatan ke tapak pembinaan bersama rakan sekuliah.
LOKASI: Amirul menyertai lawatan ke tapak pembinaan bersama rakan sekuliah.
 ??  ?? TAHNIAH: Plak penghargaa­n kepada Masmalyana­h.
TAHNIAH: Plak penghargaa­n kepada Masmalyana­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia