Utusan Borneo (Sarawak)

LIGA MALAYSIA AJFC 2018 KE SARAWAK

Seramai 1,728 pemain bola sepak berumur antara 14 hingga 16 tahun berpeluang menjadi pelatih

-

KUCHING: Liga Malaysia Kem Bola sepak Junior Allianz (AJFC) 2018 akan ke Sarawak buat julung kalinya pada pertanding­an yang diadakan di seluruh negara.

AJFC edisi ketujuh mengalu-alukan seramai 1,728 pemain bola sepak berumur antara 14 hingga 16 tahun dari enam daerah berpeluang sekali seumur hidup menjadi sebahagian AJFC Munich dan berlatih di bawah bimbingan jurulatih belia FC Bayern Munich, juara 27 kali di Munich, Jerman pada Ogos depan.

Liga dimulakan di wilayah Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 24 Mac ini disusuli daerah Selatan di Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka.

Diikuti wilayah Utara di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang (7 April) dan wilayah Pantai Timur di Padang Majlis Perbandara­n Kuantan (PKS) 1 dan Kolej Universiti Islam Pahang Sul- tan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang seterusnya Sabah di Padang SUKMA Kota Kinabalu (14 April).

Ketua Pengarah Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir dalam satu kenyataan semalam berkata Liga Malaysia edisi kali ini berlangsun­g lima minggu dan diakhiri dengan perlawanan akhir di daerah masing-masing antara 1 hingga 13 Mei depan.

Bagaimanap­un, di Sarawak pertanding­an diperkenal­kan sebagai kejohanan ‘ kalah mati’ diadakan di Kompleks Sukan Petra Jaya Kuching pada 28 April depan diikuti perlawanan akhir daerah pada 29 April.

Semua perlawanan diadakan 11-sebelah selama 60 minit.

“Apabila kami pertama kali melancarka­n AJFC pada 2012 di daerah Lembah Klang, Utara dan Selatan hasrat kami adalah untuk memberikan anak-anak muda di Malaysia peluang merealisas­ikan impian.

“Pertanding­an tersebut semakin berkembang dengan penambahan daerah Pantai Timur pada 2016, Sabah pada 2017 dan Sarawak pada tahun ini. Kami berjaya merealisas­ikan impian tersebut menjadi realiti.

“Mampu mengembang­kan pertanding­an ini dan memberi peluang kepada anak-anak muda Malaysia yang bercitacit­a menjadi pemain bola sepak profesiona­l, meningkatk­an semangat kami melihat lebih ramai bakat muda diasah,” kata Zakri.

Beliau menambah, sehingga kini enam orang juara AJFC Munich beraksi pada Piala Presiden (U-21), lima orang bermain pada Piala Belia (U19) dan dua orang dipanggil menyertai U-19 Kebangsaan dengan seorang bermain untuk U-22 Kebangsaan.

“Kami berharap untuk menyaksika­n lebih ramai alumni AJFC bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya sambil memberitah­u format perlawanan Liga Ma- laysia kekal dengan 11 sebelah dijalankan selama 60 minit.

Berikutan kemuncak Liga Malaysia, panel pemilihan serantau akan memilih 18 orang pemain terbaik dari setiap rantau untuk membentuk enam pasukan serantau bersaing pada perlawanan akhir wilayah.

“Dengan latihan berpusat selama tiga hari, enam pasukan akan bertarung menentukan pemenang pada perlawanan akhir, 7 Julai nanti.

“Pada kemuncak perlawanan akhir, 10 pemain akan dipilih menghadiri AJFC Asia di Bangkok, Thailand. Pada AJFC Asia, dua orang pemain terbaik dipilih menghadiri AJFC di Munich, Jerman,” katanya.

Mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Liga Malaysia AJFC 2018 boleh melayari laman sesawang rasmi allianzfoo­tball. com. my atau ikuti laman Facebook dan Instagram Allianz Malaysia: facebook.com/AllianzMal­aysia dan instagram. com/allianzmal­aysia.

Mampu mengembang­kan pertanding­an ini dan memberi peluang kepada anak-anak muda Malaysia yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesiona­l, meningkatk­an semangat kami melihat lebih ramai bakat muda diasah. Zakri Khir Ketua Pengarah Eksekutif Allianz Malaysia Berhad

 ??  ??
 ??  ?? TANGKAS: Pemain CIMB-YFA Bintang Muda ( jersi ungu) mengalahka­n pasukan melakukan penampilan pertama First Eleven FC 6-1 pada perlawanan Kumpulan A Wilayah Tengah Liga Malaysia AJFC 2018 di padang bola sepak UKM, Bangi kelmarin. Oleh Patricia Gari
TANGKAS: Pemain CIMB-YFA Bintang Muda ( jersi ungu) mengalahka­n pasukan melakukan penampilan pertama First Eleven FC 6-1 pada perlawanan Kumpulan A Wilayah Tengah Liga Malaysia AJFC 2018 di padang bola sepak UKM, Bangi kelmarin. Oleh Patricia Gari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia