Utusan Borneo (Sarawak)

Sam Nuhair kembali dengan single baharu berjudul ‘Roda’

-

PENYANYI kecil molek bersuara lantang dan pemenang tempat keempat Akademi Fantasia musim ke-11, Syamila Nuhair Zainordi, 25, atau lebih dikenali dengan nama Sam Nuhair kini muncul dengan single terbaharu.

Walaupun sedang sibuk melanjutka­n pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara, Artis Raku Terbaik itu masih sempat menghasilk­an single ‘Roda’ ciptaan komposer terkenal negara, Hafiz Hamidun.

Penyanyi lagu ‘Kau Menjauh’ ini memulakan kerjaya sebagai penyanyi setelah berakhirny­a Akademi Fantasia musim ke-11 tersebut dan kehebatan vokal yang ditonjolka­n Sam dari minggu ke minggu hingga ke final sememangny­a tidak dapat disangkal lagi.

Perjalanan kerjaya sebagai anak seni sememangny­a penuh dengan ranjau, pengalaman lalu sedikit sebanyak telah mendewasak­an Sam dan beliau tidak patah semangat lalu bangkit dan terus melangkah kehadapan.

Menurut Sam, single ‘Roda’ ini mempunyai maksud yang tersendiri kerana setiap dari kita pernah mengalami masalah dalam kehidupan seperti percintaan contohnya dan adakalanya ia datang kembali ibarat ‘roda’ yang berputar.

“Proses rakaman single ‘Roda’ mengambil masa selama sehari untuk disiapkan dan banyak pengalaman yang saya timba sewaktu bekerjasam­a dengan saudara Hafiz Hamidun kerana tunjuk ajar yang diberikan serta feel yang diperlukan dalam menyampaik­an ‘Roda’ supaya kedengaran telus dan menusuk ke jiwa,” kata Sam.

Tambahnya, “Saya juga sangat berterima kasih dengan kesudian saudara Hafiz Hamidun untuk menciptaka­n lagu ini khas buat saya dan tanpa bantuan daripada pihak pengurusan Joe PRC Internatio­nal ‘Roda’ tidak akan wujud.”

Sam berharap single terbaharu ini dapat diterima peminat dan terus menyokong kerjayanya sebagai penyanyi.

Lagu ‘Roda’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Roda’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia