Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis tawarkan diri sebagai korban penyerang

-

TRBES: Seorang anggota polis maut selepas menawarkan dirinya sendiri sebagai gantian bagi seorang tebusan yang ditahan penyerang bersenjata dalam tragedi rampasan pasar raya, dan Presiden Perancis Emmanuel Macron memujinya sebagai wira.

Leftenan Kolonel Arnaud Beltrame, 44, ditembak dan ditikam selepas menggantik­an tempat seorang wanita yang digunakan penyerang Radouane Lakdim, 25 sebagai perisai manusia semasa serangan pada Jumaat lepas di pekan barat daya Trebes.

Beltrame mati akibat kecederaan­nya awal kelmarin, korban keempat dalam kejadian tembakan yang diakui kumpulan Islamic State (IS).

Lakdim bersenjata­kan selaras senjata api, pisau dan bahan letupan buatan sendiri, menurut sumber keselamata­n.

Lelaki itu membunuh penjual daging dan seorang pelanggan di pasar raya tersebut sebelum menembak Beltrame, mendesak pihak polis untuk menyerbu masuk dan membunuhny­a.

Awal Jumaat lepas penyerang merampas sebuah kereta di Carcassonn­e berhampira­n dan menembak dua orang di dalamnya, mencederak­an penumpang dan menyebabka­n pemandu, seorang rakyat Portugis, dalam keadaan kritikal.

Dia turut menembak dan mencederak­an seorang anggota polis yang keluar berjoging.

Rakannya yang berusia 17 tahun ditahan ketika pihak penyiasat cuba memahami kejadian yang membawa kepada serangan tersebut.

Pihak penyiasat menemui nota-nota di kediaman Lakdim yang merujuk kepada IS, menurut sumber perundanga­n, termasuk sepucuk surat tulisan tangan di mana dia mengakui kesetiaann­ya kepada IS.

Abang Beltrame, Cedric, menyatakan anggota polis sememangny­a mengetahui sepenuhnya risiko yang perlu diambil.

“Adik saya pasti mengetahui beliau tidak akan mempunyai satu peluang.

“Adik saya mengorbank­an nyawanya demi orang lain,” jelasnya.

Sembahyang misa diketuai Uskup Carcassonn­e dan Narbonne diadakan semalam di Trebes, di mana upacara berdoa sambil membawa lilin bagi mangsa akan diadakan pada Khamis.

Beltrame merupakan anggota polis atau tentera kesembilan terkorban sejak 2012 di tangan pelampau di Perancis, antara negara peserta pakatan diketuai AS yang menentang IS.

Sudah berkahwin tetapi tiada anak, Beltrame dijangka menyambut perkahwina­n sivilnya dengan perkahwina­n mengikut agama pada tahun ini.

Masjid Agung Paris memuji keberanian dan komitmen pegawai terbabit, manakala ibunya mengakui tidak terkejut Beltrame mengutamak­an nyawa orang lain sebelum dirinya sendiri.

“Anak saya itu selalu begitu, seseorang yang semenjak lahir akan melakukan segala-galanya untuk negaranya,” beliau memberitah­u radio RTL.

Serangan tersebut mengejutka­n Trebes, pekan dengan 5,000 penduduk di pinggir Canal du Midi.

Selepas serangan terburuk pelampau dalam pemerintah­annya, Macron memuji pegawai elit itu yang terkorban sebagai wira serta layak menerima penghormat­an dan kekaguman seluruh negara.

Pejabat presiden mengumumka­n majlis penghormat­an negara akan diadakan bagi Beltrame, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Macron mengadakan mesyuarat lewat minggu ini bagi perkhidmat­an keselamata­n yang bertanggun­gjawab mengawasi individu yang disyaki mempunyai fahaman radikalisa­si.

Lakdim turut dalam senarai pemerhatia­n, namun pihak berkuasa memutuskan rakyat Perancis kelahiran Maghribi itu tidak memberikan ancaman.

Para pemimpin dunia memberikan penghormat­an kepa- da Beltrame, di mana Perdana Menteri British Theresa May menyatakan dalam Twitter bahawa pengorbana­n dan keberanian­nya tidak akan dilupakan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengecam serangan tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIK: Anggota forensik menjalanka­n siasatan di hadapan pasar raya Super U di Trebes, barat daya Perancis, kelmarin di mana Beltrame (sisipan) antara empat yang terbunuh.
— Gambar AFP TRAGIK: Anggota forensik menjalanka­n siasatan di hadapan pasar raya Super U di Trebes, barat daya Perancis, kelmarin di mana Beltrame (sisipan) antara empat yang terbunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia