Utusan Borneo (Sarawak)

MANGSA AMUK PARAH DITETAK

-

KUCHING: Seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dan mencederak­an rakan serumahnya menggunaka­n senjata tajam dipercayai pisau pemotong daging di rumah sewa mereka di Elton Height di sini.

Menurut saksi, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an menetak mangsa, 35 tahun di kepala, dada dan lengan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin (Sabtu).

Difahamkan kedua-dua mereka menyewa rumah berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanap­un punca sebenar kejadian itu berlaku masih tidak jelas.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mendapat rawatan di Zon Kuning (HUS).

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 21 tahun dikejarkan ke hospital selepas mencederak­an dirinya sendiri lewat tengah malam kelmarin.

Difahamkan wanita berasal dari Sri Aman itu memotong pergelanga­n tangannya menyebabka­n arteri utamanya terputus.

Kecederaan itu menyebabka­n mangsa kehilangan banyak darah.

Pengurus tempat mangsa bekerja di Jalan Penrissen dekat sini, seorang wanita berusia 30 tahun cuba menyelamat­kannya tetapi mangsa berdegil.

Keadaan itu telah menyebabka­n pergelutan berlaku antara kedua-dua mereka menyebabka­n pengurusny­a luka di telapak tangan kirinya.

Kedua-dua mereka dikejarkan ke HUS oleh rakan sekerja untuk mendapatka­n rawatan.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan.
CEDERA: Mangsa dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia