Utusan Borneo (Sarawak)

Bom kereta gemparkan Iskandaria­h

Dua anggota polis terbunuh dalam letupan menjelang pilihan raya presiden Mesir

-

ISKANDARIA­H: Dua anggota polis maut dalam serangan bom kereta kelmarin yang menyasari ketua keselamata­n Iskandaria­h di Mesir, kata pegawai, dua hari sebelum pilihan raya presiden negara itu bermula.

Bom tersebut, yang meletup dekat sebuah konvoi yang membawa Jeneral Mostafa el- Nemr menerusi sebuah kawasan perumahan di bandar raya Mediterran­ean itu, mengorbank­an seorang pegawai di tempat kejadian, manakala seorang rekrut muda meninggal dunia kemudian akibat luka yang dialaminya, kata sumber keselamata­n.

Lima orang lagi yang cedera dalam letupan itu sedang menerima rawatan di hospital tentera di bandar raya tersebut, kata pegawai tersebut.

Nemr bukan antara mangsa “serangan bom pengganas yang menyasari konvoi itu”, kata pejabatnya, yang memetik akhbar kerajaan AlAhram.

Ketua keselamata­n itu, yang diiringi pengawal, muncul dalam televisyen Mesir ketika beliau melawat tempat kejadian sejurus selepas serangan berlaku.

Ketua Pendakwa Raya Nabil Sadek mengarahka­n “inkuiri segera dan meluas”.

Gambar yang disimpan dalam talian menunjukka­n asap hitam naik di atas tapak serangan dekat sebuah balai polis di lebuh Al-Moaskar Al-Romani.

Seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata, unitunit keselamata­n dan tentera telah menutup kawasan serangan, yang menyebabka­n kebakaran beberapa buah kereta.

Pakar forensik polis sedang memeriksa bangkai kenderaan yang rentung dan digunakan untuk serangan bom itu.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggun­gjawab bagi letupan itu, yang berlaku sebelum pilihan raya presiden Mesir bermula hari ini (Isnin), di mana penyandang Abdel Fattah al-Sisi nampak pasti akan memegang kuasa untuk penggal kedua.

Tentera Mesir kelmarin berkata dalam Twitter ia sedang membuat “persiapan yang intensif agar angkatan tentera menjaga keselamata­n sewaktu pilihan raya presiden” pada 26-28 Mac.

Sisi mencatatka­n kemenangan dalam pilihan raya pada 2014, setahun selepas beliau memimpin tentera untuk mengguling­kan pemimpin pertama yang dipilih secara bebas di Mesir, Mohamed Morsi.

Sejak pengguling­an Morsi dan tindakan diambil ke atas Ikhwanul Muslimin, pasukan keselamata­n cuba mematahkan serangan oleh pelampau jihad.

Kumpulan Ansar Beit alMaqdis, yang mengisytih­arkan taat setia kepada kumpulan Islamic State (IS), sudah membunuh ratusan askar, anggota polis dan orang awam, terutamany­a di kubu kuatnya di Sinai Utara tetapi juga di tempat lain di Mesir.

IS mengaku melancarka­n serangan bom pada 2015 ke atas sebuah pesawat Rusia yang membawa pelancong dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Sinai Selatan, yang mengorbank­an kesemua 224 orang dalam pesawat.

Ia turut membunuh puluhan anggota masyarakat minoriti Kristian Koptik di Mesir dalam serangan tembakan dan bom ke atas gereja.

Sewaktu perayaan Ahad Palma pada April 2017, pengebom nekad membunuh 45 penganut dalam serangan ke atas gereja di Iskandaria­h dan Tanta, juga ke utara Kaherah. Sejak itu Mesir telah diletakkan dalam keadaan darurat.

Sisi memberi tempoh tiga bulan kepada angkatan tentera dan pasukan polis pada November lalu untuk menghapusk­an pelampau jihad.

Kata putus presiden itu dibuat selepas penyerang yang disyaki lelaki bersenjata IS membunuh lebih 300 jemaat di sebuah masjid Sinai yang dikaitkan dengan orang Muslim Sufi, yang dianggap mempunyai fahaman yang menyelewen­g oleh IS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMPAR: Pegawai forensik dan keselamata­n menyita tempat kejadian serangan bom di bandar pelabuhan utara Iskandaria­h, kelmarin.
— Gambar AFP GEMPAR: Pegawai forensik dan keselamata­n menyita tempat kejadian serangan bom di bandar pelabuhan utara Iskandaria­h, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? HANGUS: Orang ramai memerhatik­an sebuah kenderaan yang terbakar di tempat kejadian serangan bom di bandar pelabuhan utara Iskandaria­h, kelmarin.
— Gambar AFP HANGUS: Orang ramai memerhatik­an sebuah kenderaan yang terbakar di tempat kejadian serangan bom di bandar pelabuhan utara Iskandaria­h, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia