Rasuah: Polis tangkap rakan presiden Brazil
RIO DE JANEIRO: Polis Brazil kelmarin menahan Jose Yunes, seorang rakan kepada Presiden Michel Temer, dalam satu tindakan terhadap rasuah berhubung dengan memberi kontrak di pelabuhan Santos di Sao Paulo
Sekurang-kurangnya tiga lagi yang rapat dengan presiden haluan kanan itu turut ditahan: kolonel bersara Joao Baptista Lima, bekas menteri pertanian Wagner Rossi, dan Antonio Celso Greco, pemilik syarikat logistik pelabuha Rodrimar.
Pendakwa raya berkata keempat-empat mereka ditahan dengan penahanan pencegahan selama lima hari sebagai permulaan. Pertuduhan telah ditutup, namun kes kelihatan berkaitan dengan satu siasatan yang sedang dilakukan mengenai sama ada Rodrimar telah mendapat kontrak sebagai pertukaran bagi rasuah kepada Temer.
Penangkapan itu diluluskan oleh Hakim Mahkamah Agung Luis Roberto Barroso, yang mengikuti siasatan Santos.
Peguam Yunes berkata penangkapan anak guamnya “tidak boleh diterima” dan “tidak mengikuti undangundang”.
Temer menafikan sebarang salah laku dalam meluluskan kontrak pelabuhan.
Bagaimanapun, penahanan telah membawa skandal rasuah besar di Brazil semakin menghampiri Temer. Pada tahun lepas, dua tuduhan rasuah jenayah difailkan terhadap beliau, namun beliau terlepas dari pendakwaan seterusnya kerana Kongres mengundi membantah menarik balik kekebalan presiden beliau.
Beberapa ahli politik yang berkuasa telah tumpas dalam rangkaian antirasuah “Car Wash” selepas pendedahan bahawa pemimpin Brazil secara sistematik memberi kontrak kepada syarikat yang dikawal sebagai balasan bagi jumlah rasuah yang sangat besar. — AFP