Kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan memberangsangkan
KUALA LUMPUR: Kes buli di sekolah menurun kepada 2,795 pada 2017 berbanding 3,448 kes pada 2016, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata penurunan itu antaranya disebabkan usaha pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolahsekolah berisiko tinggi.
“Namun, kita di pihak kementerian belum gembira lagi, kita tidak boleh mendabik dada katakan kita dah berjaya, penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak akan lebih membantu mewujudkan keadaan sifar buli,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam..
Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen ( PKR- Selayang) mengenai perkembangan terkini pemasangan CCTV di sekolah ‘hotspot’ yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah displin bagi memantau perbuatan jenayah dan menga- wal keselamatan pelajar di sekolah.
Kamalanathan berkata berdasarkan kontrak semasa di bawah Skop Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak lapan kamera dan dua monitor CCTV dipasang di setiap sekolah berisiko tinggi.
Beliau berkata ia melibatkan pemasangan CCTV di tiga lokasi wajib di sekolah iaitu pintu masuk utama, dalam pondok pengawal dan depan pintu masuk pejabat pentadbiran serta selebihnya dipasang berdasarkan lokasi ditentukan pentadbir sekolah seperti makmal sains dan teknologi maklumat, bengkel, stor alat tulis dan dewan makan.
Bagaimanapun, katanya, pemasangan CCTV perlu dilakukan di kawasan sesuai serta tidak bertentangan dengan hak kebebasan dan privasi murid serta guru. — Bernama KUALA BERANG: Tahap kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan bagi menjamin masa depan mereka semakin memberangsangkan
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata prasarana lengkap yang dibina oleh kerajaan di seluruh negara yang dilengkapi asrama juga antara faktor yang menarik minat kanak-kanak Orang Asli untuk ke sekolah.
“Kini terdapat 98 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah bagi anak Orang Asli di seluruh Semenanjuung Malaysia dengan 37,934 pelajar.
“Selain itu terdapat lima buah sekolah kategori K9 iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah (dari tingkat satu hingga tiga) dalam satu kawasan iaitu masing-masing dua di Perak dan Pahang serta satu di Selangor,” katanya. — Bernama