Manifesto BN beri banyak manfaat kepada rakyat
Ia dianggap sebagai langkah kerajaan tingkat taraf hidup rakyat seiring program pembangunan dilaksana
MIRI: Manifesto Barisan Nasional ( BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memberi banyak manfaat kepada rakyat.
Pegawai Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin Erick Chin Fen Siong menganggap manifesto tersebut sebagai langkah kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat seiring program pembangunan yang dilaksanakan.
“Ia benar- benar hebat. Kali ini BN telah membuat penyelidikan akan masalah rakyat dan saya melihat manifesto kali ini mendekati rakyat dengan intim sekali,” jelas beliau.
Bertema ‘ Bersama BN,
Ia benar-benar hebat. Kali ini BN telah membuat penyelidikan akan masalah rakyat dan saya melihat manifesto kali ini mendekati rakyat dengan intim sekali. Erick Chin Fen Siong Pegawai Publisiti SUPP Cawangan Senadin
Hebatkan Negaraku’, manifesto tersebut dilancarkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April lalu.
Erick berharap program yang dirancang dalam manifesto berkenaan dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun.
“Kerajaan BN hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menjayakannya dengan mewujudkan pasukan pemantauan terhadap usaha murni untuk rakyat,” jelasnya.
Beliau yakin ia mampu dilaksanakan dengan adanya gabungan pemimpin komited dan berpengalaman dalam kerajaan.
Menurutnya, semua pihak harus bersatu hati dan mengetepikan agenda sendiri sekiranya mahu manifesto ini berjaya.
“Saya yakin BN boleh melakukannya kerana kita sedar rakyat sudah bijak menilai.
“Tunjukkanlah kesepaduan sebagai satu pasukan yang teguh yang mendukung aspirasi secara bersama.
“Jom, lakukannya,” saran Erick.