Aspek keselamatan di tempat kerja wajib diutamakan semua majikan
KUCHING: Aspek keselamatan di tempat kerja wajib diutamakan oleh semua majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor.
Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku di tempat kerja.
M e n u r u t b e l i a u , kemalang-an yang berlaku disebabkan faktor kecuaian manusia bukan hanya menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa tetapi juga kerugian kepada negara.
“Atas sebab itu, saya menggesa majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor tanpa mengira syarikat kecil atau besar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan di organisasi masing-masing.
“Dan salah satu caranya ialah dengan membudayakan amalan terbaik di tempat kerja sejak dari mula lagi. Dengan cara ini, sudah pasti aspek keselamatan akan dapat ditekankan malah mendorong para pekerja untuk lebih produktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi- kan Seminar Amalan Terbaik Dalam Meningkatkan Keselamatan Industri dan Produktiviti anjuran syarikat IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd di sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr Rundi melahirkan rasa bangga dengan IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd kerana berjaya mengumpul ramai pemain industry dalam pelbagai sektor untuk berbincang mengenai kecekapan dan keselamatan menerusi kemajuan teknologi produk hari ini.
“Harapan saya seminar seumpama ini akan memberi manfaat untuk pemain industri dalam pelbagai sektor ke arah pembentukan budaya keselamatan menyeluruh di tempat kerja,” katanya.
Beliau dalam pada itu, mahu pemain industri dalam pelbagai sektor di negeri ini bersama kerajaan negeri membangunkan ekonomi Sarawak ke arah sebuah negeri maju dengan rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2030.
“Di Sarawak, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk mentransformasikan ekonomi negeri i ni kepada ekonomi digital yang akhirnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar.
“Buktinya, banyak projek pembangunan telah dan sedang kita laksanakan dan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya, saya menyarankan semua pemain industri dalam pelbagai sektor mengambil bahagian dalam membangunkan negeri ini,” katanya.
Turut hadir Pengerusi IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd Datuk Patrick Liew dan Pengarah Urusan IDEMCO Sdn Bhd, Kuala Lumpur Allen Chiang.