MRS Management, UNIMAS Edu meterai MoU peringati perkongsian pembelajaran strategik
KUCHING: MRS Management Sdn Bhd (MRS Management) dan UNIMAS Edu Sdn Bhd (UNIMAS Edu) kelmarin, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sebagai memperingati perkongsian pembelajaran strategik mereka.
Menurut kenyataan medianya, kedua- dua pihak berkongsi wawasan yang sama untuk menjadi rakan pembelajaran sepanjang hayat bagi individu korporat dan komuniti di sekeliling mereka.
Mereka percaya bahawa ini adalah langkah ke hadapan dalam arah yang betul untuk membina negara dengan memberi kuasa kepada pekerja memperoleh pengetahuan.
Program ‘Certified Managerial’ telah dibangunkan bagi menyediakan kakitangan peringkat pengurusan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Program ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran melalui latihan berstruktur, perbincangan kumpulan dan kajian kes.
Setiap peserta memben- tangkan rancangan pembangunan peribadi tentang bagaimana mereka dapat mengintegrasikan pembelajaran ke tempat kerja masing-masing.
Sejak penubuhannya pada 2017, 28 pengurus sepenuh masa (tiga kumpulan) daripada pelbagai industri seperti pembuatan, elektrik, tenaga dan akuakultur telah melabur dalam enam hari kelas formal dan beratus-ratus jam dalam tiga bulan bagi menyelesaikan kelas di tapak, kerja kumpulan dan tugasan projek.
Mereka memilih untuk meneruskan program ini dengan matlamat yang sama untuk meningkatkan kemahiran dan meningkatkan keupayaan pengurusan mereka.
Tiga sesi itu disempurnakan pada 11 April (Kuching), 10 November (Kuala Lumpur) dan 25 Oktober (Kuala Lumpur) pada 2017 dan sejak itu, semua telah berjaya menamatkan pengajian dan kini mereka adalah pengurus berkelayakan dan berkualiti.
Sempena menandatangani MoU itu, Ahli Lembaga UNIMAS Edu Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor turut membentangkan calon-calon yang berjaya bagi sijil kecekapan mereka.
Beliau berkata, peluang pembelajaran perlu sentiasa dibuat dan dikemas kini untuk mengembangkan asas kemahiran dan pengetahuan semua pekerja untuk menyediakan medan berperanan pada peringkat dalam persekitaran kerja global.
“Majikan mestilah dapat menyokong dan memberi latihan yang mencukupi kepada pekerja mereka untuk mengatasi tuntutan kerja yang sentiasa berubah.
“Di sinilah perunding latihan dan ahli akademik tampil membantu organisasi dalam menganalisis dan mengenal pasti jurang kemahiran, membangun dan mereka bentuk bahan latihan serta melaksanakan aktiviti latihan,” katanya.
Menurut beliau, UNIMAS sememangnya berbesar hati memulakan kerjasama seperti ini dengan MRS Management bagi membincangkan cara untuk memanfaatkan keperluan tenaga kerja dan mewujudkan lebih banyak peluang latihan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRS Management Kristine Liew menekankan bahawa pihaknya telah mengesahkankan akauntan, peguam, doktor, jurutera, pegawai keselamatan, guru dan kerja-kerja am.
“Pada dasarnya, program pengurusan yang disahkan adalah satu-satunya kursus pensijilan yang tersedia untuk pengurus dan eksekutif yang ingin mendapatkan pensijilan diiktiraf dari institusi pengajian tinggi,” katanya.
Pengambilan 2018 akan bermula pada 17 Julai (Kuala Lumpur) dan 3 September (Kuching) dan pendaftaran kini dibuka.
Peserta yang berminat boleh juga menulis kepada MRS Management di mrs@ mrstraining.com atau hubungi talian 082-454 343.
MRS adalah penyedia latihan yang berpusat di Kuching dengan pengalaman selama 29 tahun dalam industri.
Ditubuhkan sejak 1989, MRS adalah Sumber Daya Satu untuk latihan di Malaysia, dianugerahkan dengan Penarafan Empat Bintang oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).