Boleh kurangkan kos rangkaian bekalan dengan ‘gypsum walls’
USG Boral cadang penggunaan ‘gypsum wall’ mampu jimat 15-20%
KUALA LUMPUR: Pembekal bahan binaan utama Malaysia, USG Boral Sdn Bhd (USG Boral Malaysia), kini menggalakkan pemaju hartanah supaya membina bangunan mengguna pakai kaedah yang lebih cekap dengan menerusi inovasi terkini yang mampu menjimatkan 15 hingga 20 peratus dalam pengurusan rangkaian bekalan.
Pengarah Urusan syarikat, Daron Cheah, berkata pemaju dan pengguna akhir wajar menimbang menggunakan ‘gypsum wall’ atau juga dikenali sebagai ‘dinding kering’ atau papan plaster, sebagai pilihan, memandangkan ketiga-tiganya lebih tiga kali ganda lebih cepat dan tidak memerlukan ramai tenaga pekerja untuk menyiapkan struktur.
“Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan dan kurang bergantung kepada tenaga pekerja, malah penjimatan boleh dipin- dahkan kepada pengguna akhir yang kini berhadapan kos sara hidup yang lebih tinggi.
“Ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, dengan pemaju dapat menjual hartanah mereka dengan lebih cepat, manakala pengguna boleh mengurus aliran tunai dengan lebih baik, termasuk pembayaran pinjaman kadar faedah disebabkan tempoh pembinaan yang lebih singkat,” katanya kepada Bernama.
USG Boral Malaysia menyediakan dinding berasaskan gipsum, sistem lapisan siling, sistem siling akustik gentian mineral, rangka logam, panel berprestasi tinggi dan aksesori untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Cheah berkata dinding kering bukan sekadar meningkatkan kualiti, mampan dan kos yang lebih cekap, bahkan strukturnya 15 peratus lebih ringan daripada bata konvensional, serta menyedi- akan ruang lantai dan ruang tambahan, mengurangkan serpihan pembinaan semasa pembinaan dan prestasi akustik yang lebih baik.
Beliau berkata dinding kering mudah dijaga kerana ia dapat ditampal dan dibaiki sekiranya berlaku kerosakan atau keperluan untuk membuat lubang di dinding.
USG Boral Malaysia juga bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB) dalam menyediakan program latihan tiga hari kepada pemaju dan kontraktor.
Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 2016, syarikat itu ditugaskan untuk menambah keahlian industri pembinaan sebagai pemasang dinding kering yang disahkan, dengan dua tahun latihan tambahan berdasarkan persetujuan bersama.
Sebagai pelatih dinding kering yang diiktiraf CIDB, USG Boral telah menjayakan Program Latihan Dinding Kering bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan produktiviti pekerja mahir dan separuh mahir dalam industri pembinaan sempena Program Transformasi Industri Pembinaan CIDB 2016-2020.
“Sebahagian besar pemaju tidak mempunyai masalah mengguna pakai penyelesaian kami. Cabaran bagaimanapun terletak pada pengguna akhir (tahap), terutama dari segmen perumahan (pengguna akhir) yang agak ragu-ragu akibat kurang memahami dan menganggapnya sebagai produk yang bermutu rendah.
“Untuk masa hadapan, kami akan memaksimumkan usaha untuk meningkatkan pemahaman dalam segmen kediaman, terutama di wilayah tengah (Lembah Klang) dalam tempoh dua tahun, sebelum berkembang ke seluruh negara, memandangkan pada masa ini kami mempunyai kira- kira 50 pengedar di seluruh negara.
“Kami juga beharap kaedah penyelesaian itu dapat dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berdasarkan prestasi sistemnya berbanding cara konvensional,” katanya.
Beberapa bangunan yang telah memasang penyelesaian USG Boral ialah St Regis Kuala Lumpur, Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2), Pusat Perubatan Sunway, Menara Shell, Kondominium Bukit Utama, Putrajaya Presint 16, dan Universiti Malaysia Perlis.
USG Boral, yang mempunyai 1,300 paten untuk produk utama industri, ditubuhkan pada awal 2014 menerusi usaha sama 50/ 50 antara syarikat AS, USG Corporation dan Boral Ltd Australia - kedua-duanya telah berada di Malaysia sejak lebih 20 tahun. — Bernama KUALA LUMPUR: AirAsia X Malaysia menerima kelulusan pendaftaran ketiganya bagi Audit Keselamatan Operasi ( IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, atas komitmen syarikat itu terhadap standard tertinggi keselamatan operasi.
“IOSA ialah sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf oleh badan dunia yang menilai pengurusan operasi syarikat penerbangan dan sistem kawalan, dan dianggap oleh industri sebagai penanda aras tertinggi dalam pengurusan keselamatan,” kata AirAsia X dalam satu kenyataan semalam.
AirAsia X Malaysia menyertai pendaftaran IOSA pada 16 April, 2015, menjadikannya syarikat penerbangan kedua di Malaysia yang lulus dengan jayanya audit keselamatan operasi yang diiktiraf dunia, katanya. — Bernama