Utusan Borneo (Sarawak)

LAHIR ATLET RENANG BERKELAS DUNIA

Program Elit Renang inisiatif PSS, MSNS landasan pembanguna­n, latihan tingkat mutu sukan renang Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak menyasarka­n melahirkan lebih ramai atlet renang berkelas dunia seperti Welson Sim menerusi Program Elit Renang hasil inisiatif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee berkata program yang bermula sejak 1 Mac tahun lepas menjadi landasan pembanguna­n dan latihan dalam misi menaikkan mutu sukan renang Sarawak.

“Program ini bertujuan menyediaka­n landasan kepada perenang terpilih untuk memajukan diri mereka menerusi latihan dari jurulatih berpengala­man dan berkelayak­an yang akan menyediaka­n program latihan jangka panjang efektif,” katanya di sini semalam.

Pengarah MSNS itu memberitah­u di bawah program tersebut, atlet- atlet terpilih diberi peluang menyertai pertanding­an dan latihan di luar negara di mana persiapan mereka turut mencakupi pendidikan psikologi, nutrisi sukan dan banyak lagi.

“Baru-baru ini, kita menghantar seramai 10 perenang menyertai Kejohanan Jemputan Kelab Negara Pulau Singapura Ke-13 manakala enam perenang menyertai latihan pendedahan selama sebulan di Australia bersama Kelab Renang Bandaraya Perth disusuli Kejohanan Renang Kumpulan Umur Australia Barat pada Disember tahun lalu,” jelasnya.

Beliau berkata, program elit itu juga mengenal pasti dan membentuk program untuk perenang remaja dari seluruh negeri bagi memperbany­ak perenang berpotensi untuk mengekalka­n kecemerlan­gan Sarawak dalam sukan renang.

Program berpangkal­an di Pusat Akuatik Pandelela Rinong itu dikendalik­an oleh ketua jurulatih yang merupakan bekas perenang Sukan Olimpik Sydney 2000, Dieung Manggang.

Beliau dibantu jurulatih dari Belanda, Hank Visser bersama Raymond Chang dan ketika ini seramai 28 perenang menyertai program terse- but.

Sejak penubuhann­ya, program tersebut telah membantu meningkatk­an prestasi perenang berpotensi semasa Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Kejohanan Kumpulan Umur Malaysia.

Malah, ia mendapat sokongan daripada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

PSS, MSNS dan Program Elit Renang menaruh harapan tinggi agar tradisi kecemer- langan Sarawak dalam renang diteruskan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 pada September depan.

Ketika ini, fokus program adalah mempersiap­kan atletatlet menghadapi SUKMA 2018 namun misi jangka panjang untuk kembali meletakkan Sarawak sebagai pasukan yang perlu ditewaskan pada SU

KMA 2020. MSNS akan mengadakan pemilihan perenang SUKMA pada 21 dan 22 April ini di Pusat Akuatik Pandelela Rinong sebagai medan pemilihan terakhir atlet-atlet yang akan menyaksika­n perenang dari seluruh Sarawak diberi peluang untuk turut serta.

Pada masa sama, MSNS turut mengambil peluang menggunaka­n sesi pemilihan itu untuk mencari perenang remaja berbakat sebagai persiapan meng

hadapi SUKMA 2020.

Program ini bertujuan menyediaka­n landasan kepada perenang terpilih untuk memajukan diri mereka menerusi latihan dari jurulatih berpengala­man dan berkelayak­an yang akan menyediaka­n program latihan jangka panjang efektif. Dr Ong Kong Swee Ketua Pegawai Eksekutif PSS

 ??  ??
 ??  ?? KELAS DUNIA: Sarawak bakal melahirkan lebih ramai perenang berkelas dunia menerusi Program Elit Renang yang sedang dilaksanak­an oleh PSS dan MSNS.
KELAS DUNIA: Sarawak bakal melahirkan lebih ramai perenang berkelas dunia menerusi Program Elit Renang yang sedang dilaksanak­an oleh PSS dan MSNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia