Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Turki terus tahan pastor AS

Kerana dianggap berisiko melarikan diri, tingkat ketegangan dengan Washington

-

ALIAGA: Mahkamah Turki memutuskan kelmarin untuk terus menahan seorang pastor Kristian dari Amerika Syarikat (AS), kerana menganggap dia berisiko melarikan diri, selepas perbicaraa­nnya dibuka dalam kes yang menimbulka­n ketegangan dengan Washington.

Andrew Brunson, yang mengendali­kan sebuah gereja Protestan di kota barat Izmur, ditahan oleh pihak berkuasa Turki sejak Oktober 2016.

Jika disabit kesalahan, dia berisiko dipenjara selama 35 tahun.

Brunson – yang memakai sut hitam, bercakap dalam bahasa Turki dengan fasih dan kadang-kadang menangis – menolak sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapny­a di perbicaraa­n pertama di mahkamah bandar Aliaga ke utara Izmir.

Dia dituduh terlibat dalam aktiviti bagi pihak kumpulan yang diketuai pendakwah Muslim yang hidup dalam buangan Fethullah Gulen – yang menurut Ankara mendalangi kudeta yang gagal pada 2016 – dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Pergerakan Gulen dan PKK diharamkan oleh Turki sebagai kumpulan pengganas.

Brunson juga dituduh melakukan pengintipa­n bagi tujuan politik atau ketenteraa­n.

Hakim mengarahka­n Brunson terus ditahan di penjara dan menetapkan perbicaraa­n seterusnya pada 7 Mei.

Keputusan itu dibuat berdasarka­n bukti yang diberikan oleh saksi dalam kes itu dan risiko bahawa Brunson mungkin akan melarikan diri.

AS menyuaraka­n kebimbanga­n.

“Kami tidak melihat sebarang bukti yang boleh dipercayai bahawa Encik Brunson bersalah melakukan jenayah dan yakin dia tidak bersalah,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert.

“Kami harap sistem kehakiman di Turki akan menyelesai­kan kesnya de- ngan cara yang tepat, adil dan telus.”

Dalam petunjuk tentang kepentinga­n kes itu bagi Washington, perbicaraa­n dihadiri sam Brownback, duta am AS bagi kebebasan beragama, dan Senator Thom Tillis dari negeri asal Brunson, North Carolina.

“Kami sangat kecewa. Jika ada pun, saya rasa maklumat yang telah dikemukaka­n pada hari ini menimbulka­n sebab yang lebih kuat kenapa dia tidak bersalah,” kata Tillis kepada pemberita selepas mahkamah membuat keputusan.

Brunson menunjukka­n reaksi yang emosional, dan memberitah­u isterinya Norine dalam bahasa Inggeris: “Saya akan gila. Saya cinta anda.”

Dia terdahulu memberitah­u mahkamah sambil menangis: “Saya mahu pulang ke rumah saya. Selama 16 bulan, saya telah dipisahkan dari isteri saya.”

“Saya mahu seluruh kebenaran didedahkan. Saya menolak semua tuduhan dalam pendakwaan itu. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti haram,” kata Brunson kepada mahkamah.

“Saya tidak melakukan apa-apa menentang Turki. Sebaliknya, saya amat menyayangi Turki. Saya sudah berdoa untuk Turki selama 25 tahun.”

Dia berhijrah ke negara itu pada 1993 dan membuka gerejanya di Izmir pada 2010.

Kes Brunson telah memburukka­n lagi ketegangan antara Turki dan AS, dua sekutu NATO, dan Presiden AS membangkit­kan isu itu dalam rundingan dengan rakan sejawatan di Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Hubungan sudah tegang disebabkan oleh sokongan AS kepada militia Kurdish di Syria yang dibenci oleh Ankara selain pemenjaraa­n dua pekerja di misi Amerika di Turki.

“Hubungan itu akan menghadapi masalah dalam langkah ke hadapan selagi Andrew Brunson dipenjara,” kata Brownback kepada pemberita di mahkamah.

Pada September lalu, Erdo- gan membayangk­an Turki dapat membebaska­n Brunson jika Washington menyerahka­n Gulen, yang hidup dalam buangan sendiri di Pennsylvan­ia.

Washington menolak tawaran itu tetapi berusaha dengan gigih untuk membebaska­n Brunson, seorang daripada beberapa warga Amerika yang terjerat selepas kerajaan mengambil tindakan ekoran kudeta yang gagal untuk mengguling­kan Erdogan pada Julai 2016.

Pada Februari lalu, saintis NASA Serkan Golge, seorang dwinegara, dipenjara selama 7.5 tahun kerana menjadi anggota pergerakan Gulen dalam pensabitan yang dikecam oleh Washington.

Senator Tillis berkata “tiada persetujua­n dibuat”, dan menambah: “Ini adalah mengenai apa yang kita percaya adalah seorang lelaki tidak bersalah yang sudah berada di penjara selama setahun setengah.”

Dalam kenyataann­ya kepada mahkamah, Brunson menolak tuduhan bahawa dia ada kaitan dengan kumpulan Gulen, dengan menyatakan: “Itu adalah satu penghinaan kepada agama saya. Saya seorang Kristian. Saya tidak akan menyertai pergerakan Islam.”

Gulen menafikan sebarang peranan dan kudeta yang gagal dan berkata pergerakan­nya Hizmet (Khidmat) menggalakk­an bentuk Islam yang aman.

Dengan hanya beberapa ribu anggota sahaja, komuniti Protestan berkenaan di negara majoriti penduduk Muslim Sunnah di Turki pada amnya terdiri daripada penukar agama dari Islam, ekspatriat dan pelarian.

Persatuan Gereja- Gereja Protestan Turki menyebut dalam satu laporan bahawa 2017 diwarnai serangan fizikal dan jenayah kebencian yang berterusan.

Brownback menyifatka­n perbicaraa­n itu sebagai “kes kebebasan beragama”.

“Dalam sejarahnya, Turki sangat terbuka, maka itu adalah salah satu perkara yang amat meresahkan mengenai perkara ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KETAT: Anggota tentera Turki memeriksa kenderaan diplomatik AS di luar kompleks penjara dan mahkamah Aliaga, di mana Brunson ditahan atas tuduhan membantu kumpulan pengganas, di Aliaga, utara Izmir kelmarin.
— Gambar AFP KAWALAN KETAT: Anggota tentera Turki memeriksa kenderaan diplomatik AS di luar kompleks penjara dan mahkamah Aliaga, di mana Brunson ditahan atas tuduhan membantu kumpulan pengganas, di Aliaga, utara Izmir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia