Utusan Borneo (Sarawak)

ANUGERAH SASTERA NEGERI SARAWAK 2017 IKTIRAF KEHEBATAN HARRY USUP UMBAR

- Oleh Watt Zacchaeus

MAJLIS Anugerah Sastera Nengeri Sarawak 2017 telah berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di Kuching baru-baru ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam Kategori Bahasa Iban, seorang karyawan yang berasal dari Sibu iaitu Harry Usup Umbar telah dipilih antara tiga pencalonan dalam kategori ini.

Panel penilai anugerah ini ialah Datu Dr Adi Badiozaman Tuah sebagai pengerusi, Dr Hazami Jahari, Dato Dr Mohd Anuar Rethwan, Dr Mohamad Saleeh Rahamad, Dr Nur Afifah Vanitha Abdullah dan Jonathan Singki Lintan.

Menurut panel penilai yang terdiri daripada golongan intelek dan profesiona­l daripada pelbagai sektor kerajaan dan swasta Harry adalah seorang penulis yang berbakat besar dalam bidang penulisan novel, cerpen dan puisi bukan sahaja dalam bahasa Iban, malah lebih produktif dan menyerlah dalam bahasa Melayu.

Harry juga telah banyak kali memenangi hadiah dalam peraduan menulis yang disertai beliau sama ada di peringkat negeri atau di peringkat kebangsaan sejak 1998 sehingga 2014.

Pengiktira­fan harus diberikan kepada beliau kerana bakat, kekuatan dan keunikan karya beliau dalam bahasa Iban dan juga dalam bahasa Melayu.

Oleh itu, Harry paling layak menerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak dalam Kategori Bahasa (Bahasa Iban) 2017.

Harry dilahirkan pada 3 Jun 1955 di Pulau Pitak, Sungai Pasai, Sibu, Sarawak.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Batu 15, Jalan Oya pada tahun 19671969 dan melanjutka­n pendidikan­nya ke peringkat menengah di SMK Luar Bandar Sibu dengan memperoleh­i sijil Sarawak Junior dan Senior Cambridge 1970-1974.

Seterusnya beliau melanjutka­n pendidikan ke peringkat lebih tinggi dengan memperoleh­i Sijil Perguruan dari Maktab Batu Lintang, Kuching dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Hons) (Pembanguna­n Manusia) dari Universiti Putra Malaysia.

Latar belakang kerjaya Harry bermula sebagai seorang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Iban sejak 1979-2015.

Selain itu, Harry juga berkhidmat sebagai seorang jurulatih kursus bahasa Iban sejak tahun 2000-2015.

Sepanjang tempoh perkhidmat­an itu, beliau pernah menerima Sijil Perkhidmat­an Cemerlang pada tahun 1994 dan 2012.

Selain komited dalam melaksanaa­nkan tugas dan tanggungja­wab sebagai seorang guru, beliau juga sangat aktif dalam bidang penulisan dan telah tiga kali memenangi pertanding­an menulis novel, drama pentas dan esei kenegaraan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Jabatan Penerangan.

Selain daripada menghasilk­an karya kreatif Harry juga banyak menghasilk­an esei dalam bahasa Iban dan beberapa esei telah memenangi hadiah Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan yang dianjurkan Jabatan Penerangan menjadi naib johan pada 2004 dan menjadi johan pada 2006, 2008 dan 2014.

Harry juga penulis dalam bidang bahasa dan akademik.

Beliau telah menghasilk­an buku bahasa seperti Tatabahasa Iban 2004, Kamus Dwibahasa Iban-Melayu 2007 dan Kamus Tribahasa Iban-MelayuEngl­ish 2010 bersama rakan penulis Geofery Singgon dan Timothy Salang.

Beliau juga penulis buku teks Bahasa Iban dari tingkatan dua hingga lima yang diterbitka­n Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harry juga penulis yang mempunyai bakat luar biasa atau pernah disebutseb­ut oleh rakan dan peminat beliau sebagai ‘gifted writer’ setelah menjadi penterjema­h dan editor buku genre keagamaan ‘Sada Nyawa Ari Langit’ yang ditulis Catherine Jerine 2012.

Beliau dapat menghasilk­an hampir semua genre karya dan bukan sahaja dapat menulis novel, cerpen, rencana, penyusun tatabahasa dan kamus, malah telah berjaya menghasilk­an buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tempatan Sarawak.

Buku-buku yang dihasilkan Harry ialah ‘Bujang Berani Iban: Kanang dan Pahlawanpa­hlawan Iban Zaman Lampau’, ‘Dayak’, ‘Iban Borneo I 2014’, ‘Dayak Iban Borneo 2015 dan Dayak’ dan ‘Iban Sarawak 2017’.

Harry juga mampu menulis dalam bahasa Melayu dengan amat baik dan boleh dikatakan telah mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam peraduan-peraduan menulis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada 1999, buku beliau yang bertajuk ‘Gerila Rimba’ memenangi hadiah ketiga dan pada 2001 novel remajanya ‘Kemelut Di Persada Juang’ memenengi tempat ketiga.

Pada 2004 novel beliau yang bertajuk ‘Libau Rentap Rimba’ memenangi tempat pertama dan manuskrip drama pentas ‘Linggir Mali Lebu’ yang beliau hasilkan juga memenangi tempat pertama pada 2008.

Selain menghasilk­an karya-karya sendiri, Harry sering menerima tawaran sebagai penterjema­h buku-buku cerita dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Iban.

Setakat ini beliau telah menterjema­hkan 15 buku cerita kanak-kanak terbitan Cerdik Publicatio­n di Kuala Lumpur dan 20 lagi dari syarikat-syarikat lain di Kuching.

Selain menghasilk­an karya dalam bentuk buku, beliau juga pernah menghasilk­an rencana dalam bahasa Iban dalam majalah ‘NGINGIT’ terbitan Tun Jugah Foundation, Majalah Sempandai terbitan Syarikat Sungai Teras dan Majalah Pegari terbitan Pegari Iban Production.

Selain itu, Harry juga banyak menghasilk­an lirik lagu berbentuk puisi Iban untuk artis-artis popular Iban seperti Nai Dinamik, Urai, Angela Lata Jua, Hailey, Wendy, Melissa Francis, Florence Lo, Watt Rock, Bibie Sulu dan ramai lagi.

Apabila ditanya mengenai masalah dan hasil karya yang akan datang, Harry berkata, sejak bersara pada 2015 kini beliau lebih aktif menghasilk­an karya dalam bahasa Iban di bawah naungan Syarikat Sungai Teras yang diuruskan penerbit media Regina Rantai di Sibu.

Dua karya beliau yang telah siap dalam dalam proses penerbitan ialah ‘Misteri Dunya Petara’ dan ‘Libau Rentap’.

Masalah yang sering beliau hadapi ialah mengenai dana dan bajet yang tidak mencukupi memandangk­an sejak 2012 beliau telah menggunaka­n wang sendiri untuk penerbitan hasil karyanya.

“Pada masa ini, saya semakin sibuk membuat penyelidik­an asal-usul, budaya dan sejarah kaum Dayak di Kalimantan dan hubungan mereka dengan Iban di Sarawak.

“Setelah melawat dan menemu bual beberapa orang daripada etnik Dayak di Kalimantan Barat dan Iban di Sarawak di beberapa wilayah saya mendapati masih banyak fakta sejarah yang belum diterokai.

“Fakta-fakta yang ditulis penulis Barat dan individu bukan Iban suatu ketika dahulu banyak yang menyelewen­g, tidak betul dan perlu ditulis semula dan dibetulkan supaya kaum-kaum lain di negara ini tidak salah faham mengenai kaum Dayak khususnya kaum Iban yang mendiami seluruh negeri di Borneo,” katanya lagi.

Sebagai contoh, jelasnya, penulis Barat menulis mengatakan bahawa kaum Iban adalah lanun dan sering berperang sesama sendiri.

“Justeru dalam novel ‘Linggir Mali Lebu’, saya telah mendedahka­n perkara sebenar bahawa kaum Iban hanya berperang dan memotong kepala musuh mereka.

“Mereka yang dianggap musuh adalah kaum lain yang mengganggu ketenteram­an semasa mereka menerokai penempatan baharu atau menceroboh kawasan mereka.

“Dalam buku tersebut saya juga mendedahka­n fakta sejarah sebenar bahawa kaum Iban dan kaum Melayu Sarawak tidak pernah bermusuhan malah berkawan baik dan bersatu menghadapi musuh mereka,” ujar Harry dengan penuh yakin.

Beliau berharap akan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Sarawak, beberapa orang wakil rakyat dan menteri khususnya yang berketurun­an Iban memandangk­an kebanyakan karya beliau lebih berfokus khususnya kepada memartabat­kan perjuangan pahlawan dan pemimpin kaum Dayak dan Iban di Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? PENGKARYA HEBAT: Harry dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2017 Kategori Bahasa Iban.
PENGKARYA HEBAT: Harry dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2017 Kategori Bahasa Iban.
 ??  ?? IMBAS KEMBALI: Harry (kiri) bersama pegawai Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di Sabah untuk memperjuan­gkan bahasa Iban bersama bahasa etnik Kadazandus­un.
IMBAS KEMBALI: Harry (kiri) bersama pegawai Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di Sabah untuk memperjuan­gkan bahasa Iban bersama bahasa etnik Kadazandus­un.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Harry (kiri) menerima sijil penghargaa­n yang mengiktira­fnya sebagai seorang penulis, guru dan aktivis Bahasa Iban pada 2006.
PENGHARGAA­N: Harry (kiri) menerima sijil penghargaa­n yang mengiktira­fnya sebagai seorang penulis, guru dan aktivis Bahasa Iban pada 2006.
 ??  ?? MEMARTABAT­KAN BAHASA IBAN: Harry (kiri) bersama Padang Luna semasa permuafaka­tan‘Sistem Jaku Iban di Sekula’ pada 2006.
MEMARTABAT­KAN BAHASA IBAN: Harry (kiri) bersama Padang Luna semasa permuafaka­tan‘Sistem Jaku Iban di Sekula’ pada 2006.
 ??  ?? TERBAHARU: Hasil karya Harry pada 2017 memaparkan sejarah dan kisah-kisah benar mengenai asal-usul dan perjuangan pahlawan Iban di Malaya dan Sarawak.
TERBAHARU: Hasil karya Harry pada 2017 memaparkan sejarah dan kisah-kisah benar mengenai asal-usul dan perjuangan pahlawan Iban di Malaya dan Sarawak.
 ??  ?? MELAWAT SAMBIL BERKARYA: Harry (tiga kanan) bersama etnik Dayak di Pontianak selepas membuat kaji selidik di sana.
MELAWAT SAMBIL BERKARYA: Harry (tiga kanan) bersama etnik Dayak di Pontianak selepas membuat kaji selidik di sana.
 ??  ?? TERBAIK: Harry (kanan) antara lima orang Karyawan Terbaik 2017 yang telah menerima anugerah tersebut.
TERBAIK: Harry (kanan) antara lima orang Karyawan Terbaik 2017 yang telah menerima anugerah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia