Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI PARAH DIBELASAH LIMA LELAKI

-

SIBU: Seorang lelaki dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sibu selepas mengalami kecederaan teruk, dipercayai dipukul lima lelaki dengan menggunaka­n objek dipercayai besi dalam pergaduhan di Jalan Wong King Huo di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala, luka pada dahi dan terseliuh tangan kanan dalam kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan empat suspek berumur antara 23 dan 44 tahun di lokasi berasingan, manakala seorang lagi yang masih bebas akan dijejaki,” katanya.

Katanya, bapa mangsa, 62, dimaklumka­n oleh seorang lelaki bahawa anaknya cedera dan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian bergegas ke hospital dan mendapati anaknya masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) petang kelmarin.

Menurutnya, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 3 petang hari kejadian.

Stanley berkata, punca kejadian dipercayai mangsa cuba mempertaha­nkan seorang daripada suspek lelaki daripada memukul isterinya.

Katanya, pihak polis turut merampas dua batang besi yang telah diubah suai untuk dijadikan barang kes.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia