Utusan Borneo (Sarawak)

SEORANG MASIH HILANG

38 kru berjaya diselamatk­an, dua cedera dalam insiden kebakaran kapal MV Geo Technical.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Seramai 38 kru kapal penggerudi MV Geo Technical berjaya diselamatk­an dengan dua daripada mereka mengalami kecederaan, manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian kebakaran di kapal itu, awal pagi semalam.

Seramai 39 kru berada di atas kapal tersebut yang dimiliki oleh Asian Geos Sdn Bhd berpangkal­an di Kuala Lumpur dengan 33 daripada mereka ialah warga tempatan yang majoritiny­a dari Semenanjun­g Malaysia, lima warga Indonesia dan seorang warga Thailand.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada letupan di bilik enjin kapal berkenaan.

“Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu, dipercayai kesemua anak kapal terjun ke dalam laut untuk menyelamat­kan diri,” demikian menurut Pengarah Maritim Daerah Miri (DM 13) Kapten Md Fauzi Othman pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting, yang turut diberikan taklimat mengenai perkembang­an terkini kes berkenaan oleh Fauzi.

Fauzi berkata, dua mangsa yang cedera ialah Muhammad Hafiz Ismail, 36, jurutera kedua kapal tersebut yang mengalami kelecuran sebanyak 20 peratus di bahagian badan dan Khairul Isma Ismail, 35, mengalami luka di bahagian dahi, bibir dan muka.

Menurut beliau, kesemua anak kapal yang terjun ke laut berjaya diselamatk­an oleh dua kapal, MP Perdana Frontier dan MP Nautica Aleesya yang berada berdekatan.

“Sementara kedua- dua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Miri pada jam 7.40 pagi (semalam) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau memberitah­u, Pusat Operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 pagi semalam dan terus mengerahka­n bot Penggalang 23 bersama enam anggota ke tempat kejadian.

“Bot Penggalang 23 tiba di lokasi kapal terbakar itu pada jam 3.45 pagi dan mendapati kapal penggerudi sedang marak terbakar pada kedudukan kira-kira lima batu nautika dari Kuala Baram.

“Kebakaran kapal berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8 pagi semalam hasil bantuan dua kapal lain yang ada kemudahan memadam, iaitu MP Perdana Frontier dan MP Nautica Aleesya menggunaka­n alat pemadam api utama jenis air.

“Namun, masih ada sakibaki api di permukaan yang dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak kapal tersebut,” katanya.

APMM DM 13 katanya, sudahpun mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4 pagi semalam untuk mencari kru ke-39 kapal tersebut.

“Kita tidak dapatkan pastikan sama ada mangsa turut terjun ke laut bersama yang lain atau masih berada di atas kapal berkenaan.

“Apapun kita amat berharap dapat menemui mangsa dengan selamat sama ada di atas kapal tersebut ataupun di laut,” ujar beliau.

Sehingga jam 2 petang semalam, APMM DM 13 masih berusaha untuk mencari dan menyelamat­kan mangsa yang hilang dengan KM Siakap telah digerak atur dalam SAR itu dengan dibantu oleh tiga kapal swasta lain iaitu Kapal HISYAM 8, NEOPETRO 18 dan JATI 8.

Sementara itu, Petronas dalam kenyataann­ya petang semalam berkata, pihaknya bekerjasam­a erat dengan pihak APMM dan pihak berkuasa relevan dalam SAR tersebut dan memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka yang terjejas dalam insiden itu.

 ??  ?? TUNJUK: Fauzi (tengah) dan pegawainya menunjukka­n gambar-gambar kapal MV Geo Technical yang terbakar di perairan Miri awal pagi semalam dan usaha memadamkan­nya. Turut kelihatan Sebastian (kanan). PADAM: Kapal MP Perdana Frontier dan MP Nautica Aleesya...
TUNJUK: Fauzi (tengah) dan pegawainya menunjukka­n gambar-gambar kapal MV Geo Technical yang terbakar di perairan Miri awal pagi semalam dan usaha memadamkan­nya. Turut kelihatan Sebastian (kanan). PADAM: Kapal MP Perdana Frontier dan MP Nautica Aleesya...
 ??  ?? MARAK: Kapal MV Geo Technical yang terbakar.
MARAK: Kapal MV Geo Technical yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia