Utusan Borneo (Sarawak)

SRS mampu cegah jenayah

-

KUCHING: Penubuhan Skim Rondaan Sukarela ( SRS) di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) negeri ini disifatkan terus relevan sekali gus mampu membantu pihak berkuasa menangani dan mengurangk­an sebarang kes jenayah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menekankan kepentinga­n SRS sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam menjaga keharmonia­n dan perpaduan.

“Perpaduan adalah satu perkara yang harus kita jaga agar keharmonia­n dapat dikecapi sampai bila-bila.

“Justeru usaha menangani kes jenayah merupakan tanggungja­wab bersama supaya kesejahter­aan dan keselamata­n di kawasan setempat khususnya KRT terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pendidikan Keselamata­n dan Jom Ronda di Dewan Serba Guna Kampung Semerah Padi, di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu berkata penubuhan SRS dalam KRT adalah antara elemen penting dalam Pelan Tindakan N7 Samariang 2016-2020.

“Kita berharap dengan tertubuhny­a SRS, ahli yang meronda kawasan Rukun Tetangga (RT) dapat menjadi mata dan telinga polis menyalurka­n sebarang maklumat jenayah,” katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sarawak Dirwana Azool.

Mengulas lanjut katanya, SRS yang digerakkan di bawah JPNIN merupakan satu langkah menangani kes jenayah yang diwujudkan di setiap KRT.

“Kalau boleh setiap kam- pung ada SRS untuk membantu menurunkan kadar jenayah di kawasan kediaman.

“Kes jenayah sentiasa berlaku, tetapi dengan SRS ini ternyata akan membantu mengelak atau mengurangk­an jenayah berlaku,” ujar beliau.

Tambahnya, jaringan kerjasama masyarakat dengan kerajaan menerusi agensiagen­si berkaitan amat penting.

Penglibata­n bersepadu badan-badan mahupun pertubuhan dalam komuniti juga memainkan peranan penting untuk meningkatk­an kesejahter­aan dan keharmonia­n di kawasan kediaman.

 ??  ??
 ??  ?? CEGAH JENAYAH: Hasidah bersama Dirwana serta ahli SRS memulakan program rondaan di kawasan Kampung Semerah Padi Fasa 1 di Kuching malam kelmarin.
CEGAH JENAYAH: Hasidah bersama Dirwana serta ahli SRS memulakan program rondaan di kawasan Kampung Semerah Padi Fasa 1 di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia