Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan dari udara jika pencarian di laut buntu

APMM dijangka guna khidmat TUDM dan PGU PDRM cari seorang lagi mangsa insiden kapal terbakar

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Daerah Maritim 13 (DM 13) Miri akan menggunaka­n bantuan dari udara untuk membantu mencari dan menyelamat seorang lagi anak kapal MV Geo Technical yang masih hilang.

Pengarah Maritim DM 13 Kapten Md Fauzi Othman berkata, pihaknya dijangka menggunaka­n khidmat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia ( PDRM) untuk mencari seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui sehingga jam 2 petang semalam.

Beliau berkata, setakat ini radius pencarian oleh APMM sudah meliputi 58.08 batu nautika dari lokasi kejadian dengan menggunaka­n asetnya, KM Siakap, manakala bot Penggalang 23 APMM pula sudah meliputi keluasan pencarian sehingga 15.12 batu nautika.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal terbakar yang masih hilang diteruskan dan jika pencarian di laut men-

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal terbakar yang masih hilang diteruskan dan jika pencarian di laut menemui jalan buntu, APMM akan mendapatka­n bantuan dari udara dengan menggunaka­n khidmat TUDM dan PGU. Kapten Md Fauzi Othman Pengarah Maritim DM 13

emui jalan buntu, APMM akan mendapatka­n bantuan dari udara dengan menggunaka­n khidmat TUDM dan PGU,” ujarnya kepada pemberita di sini semalam semasa menyambut ketibaan 34 anak kapal yang selamat tiba di Miri.

Operasi SAR oleh APMM yang diaktifkan jam 4 pagi semalam turut disertai dan dibantu tiga kapal swasta lain iaitu Kapal HISYAM 8, NEOPETRO 18 dan JATI 8.

Pada 1.30 petang semalam, 34 kru kapal MV Geo Technical yang melalui detik-detik menakutkan ketika kapal penggerudi tempat mereka bertugas, meletup dan ter- bakar sekitar jam 3 pagi semalam, selamat tiba di Jeti Marina Bay di sini.

Ketibaan mereka turut diiringi oleh beberapa pegawai Petronas Carigali (SKO) yang berpakaian kuning dan kru kapal penyelamat, dengan kesemua mangsa terbabit tidak dibenar bercakap atau memberi respons kepada pihak media yang menunggu ketibaan mereka di jeti berkenaan sejak jam 1 petang semalam.

Turut dibawa bersama mangsa yang terselamat itu ialah beberapa peralatan dan barangan yang dibungkus rapi dan kesemua mereka dibawa menaiki bas yang sedia menunggu menuju ke Pejabat Petronas Carigali (SKO) di Lutong pada jam 1.45 petang.

Mengulas lanjut, Fauzi berkata, empat daripada kru tersebut termasuk dua yang cedera telah tiba awal pagi semalam dan terus dikejarkan ke Hospital Miri pada jam 7.40 pagi.

Ketika ditanya pemberita sama ada kru atau syarikat berkenaan mempunyai per- mit yang sah untuk membolehka­n mereka bekerja di perairan negeri ini, Fauzi berkata belum menyiasat perkara tersebut.

“Saya rasa kalau Petronas, memang kita boleh percaya kerana ia adalah syarikat yang tidak akan melanggar peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Sarawak,” jelas beliau.

Dalam perkembang­an berkaitan, sumber dari industri itu memberitah­u, kesemua pekerja kapal penggerudi terbabit melakukan tugasan survei di dasar laut perairan negara ini.

Kapal MV Geo Technical yang didaftarka­n di bawah syarikat Asian Geos Sdn Bhd dan berpangkal­an di Kuala Lumpur terbakar pada jam 3 pagi semalam selepas dipercayai berlaku satu letupan di bilik enjin kapal berkenaan.

 ??  ?? SELAMAT: Kru kapal MV Geo Technical yang selamat diiringi ke bas yang membawa mereka ke pejabat Petronas Carigali di Lutong.
SELAMAT: Kru kapal MV Geo Technical yang selamat diiringi ke bas yang membawa mereka ke pejabat Petronas Carigali di Lutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia