Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank adakan kunjungan hormat terhadap Tun Taib

-

KUCHING: Delegasi Agrobank yang diketuai Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Petra Jaya kelmarin.

Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Agrobank ke Sarawak.

Delegasi disertai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Syed Alwi Mohamed Sultan dan pihak pengurusan Agrobank.

Menurut Alwi, Agrobank mempunyai komitmen berterusan bersama komuniti di Sarawak sejak pembukaan cawangan pertama Agrobank di Kuching dan Sarikei pada 1976.

Sejak itu katanya, Agrobank sentiasa komited untuk menyokong pembanguna­n dan pertumbuha­n sektor pertanian di negeri ini.

“Pada masa ini Agrobank mempunyai hampir 20,000 pelanggan di Sarawak yang terdiri daripada empat segmen iaitu pelanggan korporat, komersial, pelanggan dan pembiayaan mikro.

“Agrobank menyediaka­n perkhidmat­an perbankan melalui 13 cawangan, lima kiosk, empat Agro Corner, 51 ejen perbankan dan 33 ATM di seluruh negeri Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan di sini kelmarin.

Alwi memberitah­u, kebanyakan bandar terutama di Sarawak, Agrobank adalah satu-satunya bank yang mem- beri perkhidmat­an kepada para pelanggan, selaras dengan komitmen rangkuman kewangan bank untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat yang kurang dan tidak mendapat perhatian (unserved & underserve­d) terutama di kawasan luar bandar.

“Kami juga sentiasa berusaha mengembang­kan rangkaian operasi kami di Sarawak dari semasa ke semasa,” tambah Alwi.

Malah, beliau memberitah­u pada 2017, terdapat tiga inisiatif penting di Sarawak iaitu pembukaan Pusat Pembiayaan Korporat pertama Agrobank di Kuching, pelancaran program pembiayaan mikro yang dikenali sebagai Agro Teras dan Memoran- dum Persefaham­an (MoU) dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) dengan objektif untuk memberi manfaat kepada pekebun kecil lada.

“Agrobank juga barubaru ini melancarka­n skim pembiayaan mikro khas yang dikenali sebagai Agro Teras yang menyasarka­n kumpulan pendapatan B40.

“Kami memilih Sarawak sebagai perintis program Agro Teras ini kerana komitmen berterusan kami di Sarawak.

“Program Agro Teras yang menyatukan sekumpulan lima usahawan mikro kini telah membentuk 160 kumpulan yang terdiri daripada 800 usahawan yang terlibat dalam pelbagai perniagaan berasaskan pertanian,” jelasnya.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Tun Taib menerima kunjungan daripada delegasi Agrobank. Turut kelihatan Zabidi (empat kiri) dan Alwi (enam kiri).
KUNJUNGAN HORMAT: Tun Taib menerima kunjungan daripada delegasi Agrobank. Turut kelihatan Zabidi (empat kiri) dan Alwi (enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia