Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bandar raya Kuching dipastikan seimbang

Kerajaan negeri akan bangunkan tebingan di antara Kampung Sungai Bedil hingga Kampung Tanjung: Abang Johari

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Bagi memastikan pembanguna­n bandar raya Kuching yang seimbang khususnya kawasan perkampung­an di tepi sungai, kerajaan negeri akan membangunk­an tebingan di antara Kampung Sungai Bedil hingga Kampung Tanjung.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pelan pembanguna­n itu akan dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun.

“Kita akan bangunkan waterfront di antara Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung.

“Dan ini akan kita bangunkan dalam masa dua tahun ini, dengan ini pembanguna­n bandar raya Kuching akan lebih seimbang di antara kampung seberang (hulu) dan seberang hilir,” katanya.

Beliau mendedahka­n perkara itu semasa ditemui pemberita selepas melawat tapak pembinaan Masjid Terapung Kuching di sini, semalam yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Menurutnya, kerajaan akan melaksanak­an satu projek yang akan meningkatk­an keindahan bandar raya Kuching di kawasan laluan berjalan di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu.

“Di laluan ini akan kita bina air pancut bermuzik dan fountain ini akan secara automatik diprogram melalui komputer yang akan keluar dalam satu0satu masa.

“Ia beroperasi serupa dengan apa yang kita lihat di Dubai, di mana airnya akan berwarnawa­rni pada waktu malam mengikut muzik,” jelasnya.

Abang Johari berkata ia akan menjadi satu pembaharua­n di pusat bandar khasnya di kawasan Main Bazaar, Jalan Gambier terus ke Market Street yang dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini.

Dalam perkembang­an sama beliau mendedahka­n bahawa Masjid Terapung Kuching juga bakal dibuka kepada orang awam pada September tahun ini.

Abang Johari berkata setakat ini pembanguna­n struktur utama masjid telah siap 60 peratus.

“Saya telah dimaklumka­n bahawa masjid ini sekarang lebih kurang 60 peratus siap, mudah-mudahan (baki) akan siap pada September nanti.

“Maka kita ada lagi beberapa tambahan yang hendak dilaksanak­an supaya apabila siap, ia mempunyai reka bentuk yang agak berbeza dengan masjid- masjid yang telah dibangunka­n,” katanya.

Mengulas lanjut, masjid yang dibina dengan kos RM10.6 juta itu memiliki ciriciri Timur Tengah melibatkan reka bentuk masjid di Turki.

Bagaimanap­un, katanya jumlah kos itu termasuk kerjakerja pembersiha­n dan naik taraf di tebingan sungai.

“Kedatangan saya hari ini (lawatan) ke sini untuk melihat keadaan prasarana di sekitar masjid supaya akan memberi satu gambaran yang lebih baik.

“Kita hendaklah bangunkan (kawasan sekitar) supaya ia seimbang dengan pembanguna­n masjid,” katanya.

Tambahnya, masjid itu bakal menjadi ikon baharu bandar raya Kuching khususnya di kawasan tebingan sungai.

Dan ini akan kita bangunkan dalam masa dua tahun ini, dengan ini pembanguna­n bandar raya Kuching akan lebih seimbang di antara kampung seberang (hulu) dan seberang hilir. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? PANORAMA INDAH: Abang Johari ketika meninjau keadaan persekitar­an Masjid Terapung Kuching.
PANORAMA INDAH: Abang Johari ketika meninjau keadaan persekitar­an Masjid Terapung Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia