Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat dan warga korporat diseru menganjurk­an aktiviti CSR

-

MIRI: Lebih banyak syarikat dan warga korporat di sini diseru tampil menganjurk­an aktiviti amal menjaga kebajikan golongan memerlukan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berharap dengan memperluas tanggungja­wab sosial korporat (CSR) akan membantu golongan tersebut menjalani kehidupan lebih baik menerusi pertolonga­n yang dihulurkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n penyerahan derma daripada Hotel Dynasty kepada lapan badan kebajikan di sini.

Lee memberitah­u, Hotel Dynasty adalah contoh terbaik warga korporat penyayang.

“Saya berharap lebih ramai warga korporat di Miri akan mencontohi Hotel Dynasty melaksanak­an CSR mereka,” jelas Lee.

ADUN Senadin itu memuji usaha Hotel Dynasty mengumpul derma menerusi aktiviti larian amal mereka yang telah memasuki tahun ke-15 pada tahun ini.

“Pada permulaann­ya, derma dikumpul untuk pusat dialisis dan dana ini membolehka­n kita melakukan perkhidmat­an kebajikan kepada pesakit.

“Pihak hotel telah menubuhkan tabung kebajikan untuk membolehka­n pelbagai pertubuhan kebajikan mendapat manfaat daripada aktiviti amal mereka,’’ jelas beliau yang merupakan pengerusi Pusat Dialisis Buah Pinggang (KDC) Persatuan Bulan Sabit Merah Miri.

Dalam pada itu, sumbangan berjumlah RM55,000 disampaika­n Pengarah Urusan Dynasty merangkap Ketua Penasihat Larian Amal Tony Pui.

Penerima adalah KDC, Pusat Dalam Komuniti Morsjaya, Persatuan Ibu Bapa dan Kanak- Kanak Istimewa (PIBAKIS), Pertubuhan Orang Buta Sarawak Miri, Rumah Warga Tua, Diabetes Malaysia Miri, Pertubuhan Kebajikan Agape Miri dan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak Miri.

Ketika larian amal ke-14 pada Julai tahun lalu, penganjur menderma RM35,000 kepada enam pertubuhan kebajikan serta RM10,000 kepada Pertubuhan Implan Koklea Sarawak Miri untuk membantu seorang kanak-kanak menjalani pembedahan implan koklea.

Derma berjumlah keseluruha­n RM90,000 diperolehi daripada larian amal tahun lalu.

Larian amal kali ke-15 tahun ini akan diadakan pada 1 Julai.

Sumbangan derma adalah daripada peserta, orang awam, tajaan dan wakil rakyat.

Hadir sama semalam ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pegawai Publisiti SUPP Senadin Erick Chin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia