Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pembuatan perlu guna pakai pengilanga­n pintar, robotik, automasi

-

KUCHING: Sektor pembuatan di Sarawak perlu mengguna pakai pengilanga­n pintar dan menggunaka­n robotik serta automasi untuk kekal kompetitif dalam persekitar­an perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia sekali gus mampu meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan perniagaan untuk berkembang.

“Ini adalah selaras dengan inisiatif ekonomi digital, di mana kerajaan negeri ingin mentransfo­rmasikan sektor perindustr­ian kepada Revolusi Industri (RI) 4.0 yang menjana pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Sehubungan itu, beberapa syarikat berteknolo­gi tinggi seperti LONGi dan X-FAB di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya adalah berada pada landasan yang baik bagi memanfaatk­an teknologi digital serta bergerak ke arah RI 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Mengenai Blueprint Produktivi­ti Malaysia bagi sektor pembuatan yang dianjurkan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia dan Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) dan dihadiri Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Tambah Awang Tengah, Sarawak tidak boleh terus bergantung kepada strategi kos rendah, teknologi rendah dan buruh intensif bagi per- tumbuhan ekonomi.

Jelasnya ia kerana untuk melangkah ke hadapan dengan menjadi negeri ekonomi berpendapa­tan tinggi melalui perindustr­ian, ia harus memanfaatk­an ekonomi digital sebagai wadah melonjak ekonomi ke peringkat seterusnya.

“Kerajaan juga serius dalam membangunk­an modal insan dengan menubuhkan Perkampung­an Digital di Sama Jaya dan inkubator di seluruh negeri untuk memupuk kreativiti, inovasi dan teknologi.

“Pada masa yang sama akan menubuhkan lebih banyak institut latihan seperti Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) serta pusat latihan industri lain untuk melatih dan meningkatk­an kemahiran tenaga kerja kita bagi memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berharap pada masa yang sama lebih banyak majikan di negeri ini memberi keutamaan kepada tenaga kerja tempatan.

Katanya sebagai contoh, Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Sama Jaya dianggarka­n mempunyai 10,800 pekerja dengan kadar 98 peratus adalah rakyat Sarawak.

Sementara itu Abang Karim dalam ucapannya berkata, objektif seminar yang diadakan untuk mengeten- gahkan kepentinga­n Blueprint Produktivi­ti Malaysia.

“Blueprint Produktivi­ti Malaysia menyasarka­n untuk meletakkan peningkata­n produktivi­ti sebagai agenda utama pembanguna­n negara.

“Selain itu juga untuk menekankan isu serta cabaran produktivi­ti selain membangunk­an strategi untuk peningkata­n, inisiatif serta program di peringkat negara, sektor dan perusahaan,” katanya.

Menurut beliau lebih 200 peserta termasuk pegawai daripada agensi kerajaan negeri dan persekutua­n, wakil industri pembuatan serta universiti menyertai seminar berkenaan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Abang Karim (kiri) sambil disaksikan Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais (kanan) selepas majlis perasmian.
TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Abang Karim (kiri) sambil disaksikan Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais (kanan) selepas majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia